KOENIGSEGG Jesko diperkenalkan pada 2019 sebagai pengganti kepada Agera. Megacar Sweden ini dinamakan sempena nama Jesko von Koenigsegg, bapa kepada pengasas dan CEO, Christian von Koenigsegg.
Menurut Koenigsegg, pengeluaran Jesko dihadkan kepada 125 unit sahaja. Dalam satu hantaran di Instagram baru-baru ini, syarikat itu telah mendedahkan unit terbaru yang dihasilkan.
Pemilik Jesko ini dikatakan mendapat inspirasinya daripada sebuah Agera RS ‘Pheonix’ yang dibina khas untuk mogul hartanah terkenal Amerika Syarikat iaitu Manny Khoshbin.
Seperti Pheonix, setiap panel badan Jesko ini diperbuat daripada gentian karbon diselaputi lapisan clear coat untuk efek berkilat, dengan trim emas 24 karat pada beberapa bahagian termasuk canard depan, lengan cermin sisi, bonet dan bampar depan, sirip skirt sisi dan endplate spoiler.
Bukan itu sahaja, logo Koenigsegg dan bumbung turut dihiasi dengan trim emas, menandakan ia bukanlah sebuah Jesko biasa-biasa.
Jentera ini merupakan varian Attack yang ditala khusus untuk prestasi di litar lumba, seperti yang boleh dilihat pada komponen-komponen aerodinamik yang ditambah untuk meningkatkan downforce termasuk splitter depan, serta diffuser dan spoiler yang lebih agresif.
Di samping Attack, Jesko juga boleh didapati dalam varian Absolut yang secara teorinya boleh mencapai kelajuan maksimum melebihi 480 km/j. Varian ini tidak mempunyai spoiler.
Kedua-dua varian dikuasakan oleh enjin twin turbo 5.0 liter V8 yang boleh menghasilkan kuasa mencecah 1,280 hp dengan petrol biasa atau 1,600 hp dengan bahan api E85.
Dengan transmisi multi clutch sembilan kelajuan yang memacu roda belakang, ia boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam kurang 2.5 saat.
SEBUAH kereta elektrik jenis Mercedes-Benz EQB terbakar semasa sedang dicas di sebuah pusat pameran kereta di Jalan Skudai, Johor Bahru, pada Ahad.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Azmi Johar, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran tersebut melalui talian MERS999 pada jam 2.45 petang.
Satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua unit RIM dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dengan 10 anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) ke lokasi didapati sebuah kereta Mercedes EQB sedang terbakar dan kebakaran dipercayai berlaku ketika kenderaan tersebut sedang dicas.
“Kebakaran telah memusnahkan 90 peratus keseluruhan kenderaan dan lima peratus bangunan menempatkan ruang pameran (showroom).
“Kebakaran turut memusnahkan 20 peratus Electric Vehicle Charging Bay di hadapan kereta yang terbakar,” katanya.
Beliau berkata, kebakaran dipadamkan menggunakan dua aliran salur bantu mula jentera, satu saliran salur bantu mula jentera RIM dan satu aliran salur bantu mula bangunan.
Ujarnya, punca kebakaran dan anggaran sebenar kerugian masih dalam siasatan. Operasi ditamatkan sekitar 3.10 petang, Ahad.
Mercedes-Benz EQB dilancarkan di Malaysia pada September 2022 dengan harga jualan bermula dari RM328,888. Ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti 66.5 kWh yang membolehkannya dipandu sejauh 423 km dengan satu cas penuh.
Yamaha dalam satu kenyataan mengumumkan penubuhan syarikat baharu Enyring yang menawarkan perkhidmatan penukaran bateri berasaskan langganan di Eropah.
Berdasarkan imej rasmi yang dibekalkan, perkhidmatan penukaran bateri Yamaha ini dilihat menggunakan unit bateri yang lebih kecil saiznya berbanding unit bateri Honda Mobile Power Pack e:.
Selain daripada menawarkan pelan langganan penukaran bateri skuter elektrik kepada pengguna, Enyring juga akan bekerjasama dengan peneraju di Eropah untuk mengitar semula bateri yang telah digunakan.
Dengan cara itu, Yamaha akan mencipta sebuah sistem gelung tertutup yang bergantung sepenuhnya kepada bahan kitar semula untuk menghasilkan produk terbaharu.
Enyring akan berpusat di Berlin, Jerman di mana operasi mereka hanya akan bermula pada separuh pertama tahun 2025.
Untuk permulaan, Enyring akan mendirikan infrastruktur penukaran bateri di dua bandar besar, iaitu Berlin dan Amsterdam.
Pemilihan dua lokasi tersebut dilihat amat bersesuaian di mana penggunaan basikal dan skuter elektrik telah pun menjadi popular di kalangan penduduk setempat.
Syarikat Big Four Jepun (Kawasaki, Suzuki, Yamaha dan Honda) serta syarikat tenaga Eneos telah membentuk Gachaco – perkhidmatan penukaran bateri skuter elektrik di pasaran Jepun.
Pada mulanya, Gachaco hanya disasarkan untuk kegunaan perniagaan dan penghantaran barangan sahaja dan hanya boleh digunakan untuk sesetengah model skuter elektrik Honda, seperti Benly e:, Gyro e:, Gyro Canopy e: dan EM1 e:.
Hanya EM1 e: sahaja satu-satunya model yang boleh dijual kepada umum di mana individu yang berminat boleh mendapatkan pelan langganan penukaran bateri yang ditawarkan oleh Gachaco.
Dengan mengubah status bateri sebagai sebuah perkhidmatan dan mengecualikannya daripada harga jualan, pelanggan Honda boleh mendapatkan skuter EM1 e: tersebut pada harga yang lebih rendah, sekitar 97,200 yen (RM3,167).
Apa yang mereka perlu buat adalah dengan melanggan perkhidmatan penukaran bateri Gachaco bergantung kepada penggunaan semasa.
Seperti contoh, pelan aras mula hanyalah sekitar 1,078 yen/bulan (RM35/bulan), sementara pelan standard berharga 2,805 yen/bulan (RM91.39/bulan).
Gachaco juga turut menawarkan opsyen pembayaran untuk setiap penggunaan (pay-per-use) dengan kos 180 yen untuk setiap kWh (RM5.86/kWh).
Buat masa ini, perkhidmatan penukaran bateri Gachaco yang menggunakan unit bateri Honda Mobile Power Pack e: itu hanya boleh didapati di Jepun sahaja.
KITA kembali lagi ke bahagian kedua untuk kompilasi berita dan perkembangan yang bikin kecoh dalam industri automotif tempatan dan seantero dunia. Jika anda belum baca bahagian pertama, boleh ke sini.
Untuk bahagian kedua, jom kita teruskan dengan bulan Julai hingga Disember.
Julai
Bulan Julai dimulakan dengan pelancaran Chery Omoda 5, tetapi kenapa ia penting? Kerana SUV kompak ini ditawarkan pada harga menarik bermula RM108,800 dan paling menakjubkan, hadir dengan jaminan enjin 10 tahun.
Walaupun hanya untuk 3,000 pelanggan terawal, ia tetap yang pertama seumpamanya untuk pasaran Malaysia.
Seterusnya Perdana Menteri dijangka berjumpa dengan Elon Musk pada bulan yang sama, dan berita ini menarik minat ramai orang kerana pertemuan PMX dengan individu terkaya di dunia itu pastinya membawakan pelbagai potensi pelaburan yang positif untuk negara.
Satu lagi pelancaran menarik berlaku pada Julai 2023 ialah Volvo FM dan FH, yang menjadi trak besar heavy duty elektrik (EV) pertama memasuki pasaran kita.
Bercakap mengenai Tesla tadi, seterusnya berita penting ialah pelancaran Tesla Model Y yang menjadi model pertama selepas jenama itu masuk secara rasmi ke negara ini. Ia mencetuskan fenomena bukan sahaja kerana ia sudah lama dinantikan, tetapi harganya juga ‘menggugat’ pasaran recond yang menjual kereta itu.
Seterusnya sedikit berita agak hangat dimana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri berkata pengusaha bengkel perlu mempamerkan sijil mekanik-mekanik mereka.
Kemudian satu lagi perkembangan hangat apabila Malaysia disenaraikan sebagai salah satu negara dengan jalan raya paling bahaya di dunia, di tempat kelima. Anda setuju?
Ogos
Tular satu video dimana satu pasangan di United Kingdom (UK) membuat video parodi ASMR menggunakan Proton Saga. Kereta Proton, di luar negara, pemilik bukan warga Malaysia, satu resepi mudah untuk viral di negara ini, bukan?
Video itu merupakan parodi kepada trend ASMR Bentley yang popular di Tiktok dan Youtube.
Sebanyak 10 orang dilaporkan terkorban dalam insiden pesawat yang berlepas dari Langkawi dan sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Subang. Dari 10 yang terkorban, lapan darinya adalah penumpang pesawat manakala dua lagi merupakan pengguna jalan raya.
September
Satu isu utama pada September ialah berkenaan acara RXZ Members yang diadakan di Kuala Terengganu yang menyaksikan pihak polis menjalankan operasi besar-besaran dan menahan ramai peserta.
Tetapi ada yang berpendapat acara sebegitu patut menjadi platform untuk pihak polis mendekati golongan belia, bukannya membuat ‘pukat’. Tetapi ada juga yang berkata sebagai penunggang motosikal, kita sepatutnya tahu undang-undang dan jika semua dipatuhi, tidak timbul isu akan ditahan.
Difahamkan motosikalnya disita kerana LKM (cukai jalan) padanya telah tamat tempoh dan tiada insurans, jika berlaku kemalangan, ianya pasti menyusahkan penunggang itu dan pengguna jalan raya yang lain.
Tetapi ini sekadar janji dan seperti biasa, kenyataan sebegini dipandang secara skeptikal oleh netizen Malaysia.
Seterusnya, netizen sedikit kecoh dengan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang memberi amaran keras terhadap mana-mana pegawai bawahannya yang masih bersekongkol dengan sindiket jenayah.
“Satu sarjan boleh pakai Alphard, Vellfire, Mercedes. Perkara ini berlaku disebabkan tiada penyeliaan di bawah (peringkat kontinjen dan daerah) untuk memantau dan melihat cara hidup pegawai dan anggota bawahan mereka,” katanya.
Ia juga satu pencapaian bermakna untuk industri pemasangan automotif Malaysia kerana menunjukkan tahap kemahiran pekerja tempatan. Unit ke-100,000 tersebut merupakan Mercedes EQS500 4Matic+ yang merupakan sebuah model EV.
Kemudian, satu detik baharu dalam industri pembinaan apabila Jalan Sungai Lalang (B19) di Hulu Langat menjadi projek jalan pertama di negara ini yang dicat menggunakan teknologi ‘glow in the dark’.
Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan, projek perintis dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Langat itu membolehkan pemanduan menjadi lebih selamat dengan bantuan pantulan cahaya pada pembahagi jalan.
Akhir sekali, bulan November menyaksikan pelancaran Proton S70 yang merupakan sedan pertama serba baharu dari pengeluar kereta nasional itu setelah sekian lama. S70 juga menjadi sedan pertama hasil kerjasama Proton dengan Geely selepas pengenalan tiga SUV – X70, X50, dan X90.
Disember
Susulan dari jalan ‘glow in the dark’ di Hulu Langat, satu lagi projek serupa dilaksanakan di Padang Terap, Alor Setar. Projek sepanjang tiga kilometer itu merupakan yang terpanjang di Malaysia setakat ini.
Kemudian, menjelang cuti hujung tahun, industri automotif kecoh pula dengan isu keselamatan Daihatsu, kali ini lebih besar berbanding April lalu.
Panel penyiasat bebas telah menjalankan siasatan terhadap Daihatsu selepas pengeluar tersebut mengakui terdapat unsur penipuan terhadap ujian keselamatan kemalangan bagi 88,000 kereta kecil, kebanyakannya dijual dibawah Toyota.
Perodua mengeluarkan satu kenyataan balas bahawa mereka sedang melakukan penilaian terperinci mengenai isu tersebut dan sedang dalam perbincangan bersama pihak berkuasa Malaysia.
UMW Toyota Motor pula memberi jaminan kepada pelanggan dan orang ramai bahawa ia komited untuk meneruskan pengurusan dengan telus dan penuh bertanggungjawab.
Sekian coretan ringkas untuk 2023. Satu tahun yang menarik juga, ya. Jadi untuk 2024, apa pula yang anda harapkan? Kenderaan EV lebih mampu milik? Lebih banyak pelancaran kenderaan menarik?
TINGGAL beberapa hari sahaja lagi sebelum tahun 2024 membuka tirainya dan berdasarkan pengamatan kami, tahun ini menyaksikan pasaran kenderaan elektrik (EV) di Malaysia terus berkembang dengan kehadiran pelbagai model baharu.
Dalam artikel ini, kita akan mengimbas kembali 10 EV paling menarik perhatian yang masuk ke pasaran negara ini sepanjang tahun ini. Perlu diingatkan yang senarai ini tidak mengikut turutan dan ia adalah pilihan peribadi penulis.
Tesla Model 3 Highland
Model 3 facelift atau lebih dikenali sebagai Highland, dilancarkan tidak lama selepas Tesla mengumumkan kemasukannya ke Malaysia menerusi Model Y.
Sedan elektrik ini boleh dikatakan EV yang paling dinanti-nantikan tahun ini, dan ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana ia tampil lebih handsome, dengan pelbagai penambahbaikan dan harga yang amat menggoda.
Sayangnya, kami belum berpeluang memandu model ini namun apa yang pasti, pengalamannya pasti berbeza dengan EV lain kerana batang signalnya digantikan dengan butang, manakala gear perlu dipilih menerusi skrin sentuh.
Audi e-tron GT
Tidak seperti kembarnya iaitu Porsche Taycan, Audi e-tron GT boleh membuatkan anda rasa seperti seorang filantropi yang melawan makhluk asing jahat dengan sut robot yang cool.
e-tron GT adalah antara EV yang paling memikat dalam pasaran dan prestasinya juga telah terbukti semasa sesi pandu uji yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang tempoh hari.
Untuk pasaran Malaysia, anda boleh mendapatkan e-tron GT dalam versi asas atau versi RS yang mempunyai kuasa yang lebih tinggi, rear differential lock, stereng gandar belakang dan sistem suspensi udara.
Mercedes-Benz EQS SUV
Mercedes-Benz Malaysia amat aktif memperkembangkan rangkaian EV mereka, kali ini dengan pelancaran satu lagi model iaitu EQS SUV.
Hadir dalam varian EQS 580 4Matic AMG Line, ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti 107.8 kWj yang menawarkan jarak pandu sejauh 615 km dengan satu cas penuh. Pengecasan pantas DC 200 kW membolehkan bateri dicas dari 10 hingga 80 peratus dalam 31 minit.
Ciri-ciri lain yang menjadi tarikan termasuk kit badan AMG Line, rim AMG berukuran 22 inci, sistem infohibur MBUX dengan Hyperscreen dan sistem suspensi udara Airmatic.
BMW i7
Anda boleh kata apa sahaja mengenai rekaan bahagian luaran i7, namun ia merupakan EV paling berkuasa dan pantas pernah dihasilkan oleh BMW pecutan 0-100 km dalam 3.7 saat bagi varian M70.
Dalam versi xDrive60 M Sport, limosin elektrik ini mempunyai 544 PS dan 745 Nm yang membolehkan melakukan pecutan 0-100 km/j dalam 4.7 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 240 km/j. Jarak pandunya juga mengagumkan iaitu 625 km.
Jika prestasi bukan keutamaan anda, i7 masih menawarkan keselesaan dan kemewahan yang sudah boleh dijangka dengan 7 Series. Ada pelbagai gajet dan teknologi baharu, termasuk skrin teater sebesar 31.3 inci untuk penumpang belakang.
Hyundai Ioniq 6
Berikutan sambutan yang menggalakkan untuk Ioniq 5, Hyundai mengambil keputusan untuk membawa masuk satu lagi model EV iaitu Ioniq 6.
Sedan dengan rekaan streamliner ini boleh didapati dalam varian Max RWD dan Max AWD, masing-masing menawarkan jarak pandu sejauh 614 km dan 519 km, dengan harga jualan dari RM289,888 hingga RM319,888.
Jika ini agak mahal, Hyundai turut menawarkan varian Lite dan Plus yang berharga dari RM219,888. Kelengkapannya tidak jauh berbeza namun kedua-dua varian ini mempunyai kuasa yang lebih rendah, manakala jarak pandunya juga lebih dekat iaitu 429 km.
TINGGAL beberapa hari sahaja lagi sebelum tahun 2024 membuka tirainya dan berdasarkan pengamatan kami, tahun ini menyaksikan pasaran kenderaan elektrik (EV) di Malaysia terus berkembang dengan kehadiran pelbagai model baharu.
Dalam artikel ini, kita akan mengimbas kembali 10 EV paling menarik perhatian yang masuk ke pasaran negara ini sepanjang tahun ini. Perlu diingatkan yang senarai ini tidak mengikut turutan dan ia adalah pilihan peribadi penulis.
Lotus Eletre
Ada banyak sebab untuk menyukai Eletre, sama ada anda peminat Lotus atau tidak. Pertama sekali, ia merupakan SUV produksi pertama bagi jenama yang terkenal dengan kereta sport kecil dan ringan itu.
Ia mungkin sebuah SUV elektrik, namun Eletre tidak mempunyai sebarang masalah untuk bersaing dengan jentera-jentera ICE Lotus yang sedia ada dengan kuasa sebanyak 905 hp/985 Nm dalam versi yang paling berkuasa.
Rekaan luarannya mungkin kelihatan terlalu agresif untuk sesetengah orang, namun ruang dalamannya tidak ubah seperti kokpit kapal angkasa lepas.
Smart #1
Setelah diacah selama beberapa bulan, smart #1 akhirnya dilancarkan pada November lalu, dengan tiga pilihan varian dan harga jualan dari RM189,000 hingga RM249,000.
Sudah tentu anda di antara anda yang akan kata “lebih baik beli…” namun dengan model ini, apa yang anda bayar, itulah yang anda dapat. Dalam erti kata lain, ia cukup premium dan spesifikasinya sangat menarik.
Varian Pro dan Premium tidak kurang hebatnya, dengan prestasi pecutan 0-100 km/j dalam 4.4 saat dan jarak pandu sejauh 440 km. Jika ini tidak cukup, ada varian Brabus yang tampil lebih sporty dengan tema merah dan dua motor elektrik.
BYD Dolphin
Dolphin merupakan model kedua BYD yang tiba di Malaysia selepas Atto 3. Dengan harga jualan yang bermula di bawah paras RM100,000, ia juga merupakan antara EV paling mampu milik dalam pasaran.
Sesuai dengan namanya, reka bentuk luaran Dolphin agak comel, diserikan lagi dengan signatur lampu LED yang menarik di belakang. Ruang dalamannya pula kelihatan unik dengan rekaan papan pemuka yang funky dan tema warna yang meriah.
Selain jarak pandu yang memuaskan (410 km hingga 490 km, NEDC), apa yang menarik tentang Dolphin adalah jumlah kelengkapan standard yang disertakan yang termasuk Apple CarPlay wayarles, skrin sentuh berputar 12.8 inci dan ADAS.
Rolls-Royce Spectre
Coupe elektrik ultra-mewah ini tiba di Malaysia pada September lalu sebagai EV paling mahal di negara ini dengan harga bermula dari RM2 juta tidak termasuk opsyen.
Jika enjin V12 yang digunakan pada Ghost, Dawn dan model-model lain pun sudah dikatakan cukup senyap, bayangkan Rolls-Royce tanpa enjin pembakaran dalaman.
Dengan bateri berkapasiti 102 kWh, Spectre boleh dipandu sejauh 520 km dengan satu cas penuh. Pengecasan 10-80 peratus boleh dicapai dalam hanya 34 minit dengan menggunakan pengecas DC 195 kW. Apa yang menarik, ia Spectre merupakan kereta coupe dua pintu pertama Rolls-Royce yang didatangkan dengan rim 23 inci.
BMW iX M60
Merupakan model SAV elektrik yang sulung dalam portfolio BMW M, iX M60 dipacu oleh dua motor elektrik yang menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 619 PS dan 1,015 Nm.
Jika jumlah tork itu tidak cukup tinggi,fungsi Launch Control akan meningkatkannya kepada 1,100 Nm bagi membolehkan jentera ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.8 saat. Kelajuan maksimum pula adalah 250 km/j.
Pek bateri litium-ion berkapasiti 105.2 kWj boleh memberikan jarak pandu sejauh 561 km namun dengan tujahan kuasa yang cukup menggoda itu, rasanya tidak ramai pemilik yang boleh mencecah 500 km sekali cas.
Berdasarkan pengamatan penulis, sudah menjadi kebiasaan bagi pembeli kereta untuk memilih varian atau spesifikasi tertinggi kerana bagi mereka, itulah penawaran terbaik yang ada.
Memang benar, varian tertinggi bagi sesuatu model itu membawakan segala yang terbaik dari segi reka bentuk, prestasi dan teknologi namun ini tidak bermakna varian-varian lain tidak cukup bagus.
Sebagai contoh, Isuzu D-Max 1.9L 4×4 AT Standard yang dilancarkan ke pasaran Malaysia pada Julai lalu dilihat mempunyai ciri-ciri yang serba lengkap untuk memenuhi keperluan harian pemiliknya sama ada sebagai kenderaan harian atau gaya hidup.
Trak pikap ini juga sesuai untuk pemilik perniagaan yang ingin menjimatkan kos operasi kerana D-Max 1.9L 4×4 AT Standard sememangnya terkenal sebagai kenderaan jimat bahan api.
Bagi mereka yang ingin menjadikan D-Max 1.9L 4×4 AT Standard sebagai kenderaan harian, anda tidak perlu gusar kerana model ini bergaya dengan pemegang pintu yang kini didatangkan dalam warna yang sama dengan warna badan, serta rim aloi 17 inci dalam rekaan terkini.
Terdapat lima warna luaran untuk dipilih iaitu Valencia Orange, Biarritz Blue, Splash White, Mercury Silver dan Onyx Black.
Bukan itu sahaja, versi automatik didatangkan dengan lampu projektor Bi-LED dengan lampu nyalaan siang LED dan ciri Follow Me Home yang amat berguna pada waktu malam.
Masuk ke dalam, anda akan menemui skrin sentuh berukuran tujuh inci yang boleh disambungkan dengan telefon pintar menerusi teknologi Bluetooth.
Bercakap tentang telefon, anda dan penumpang tidak akan mempunyai sebarang masalah bateri lemah kerana D-Max 1.9L Standard mempunyai tiga port pengecas USB – satu Type A dan satu Type C pada bahagian hadapan, serta satu Type A pada bahagian belakang.
Tidak cukup dengan itu, model ini juga mendapat satu lagi ciri baharu iaitu kamera undur secara standard. Menurut Isuzu Malaysia, mereka adalah pengeluar pertama di negara ini yang menyediakan kamera undur sebagai ciri standard dalam rangkaian trak pikap double cab.
D-Max 1.9L Standard mungkin sebuah trak pikap namun ruang dalamannya cukup selesa untuk kegunaan harian dengan adanya ciri-ciri seperti paparan multi-info 4.2 inci, corong pendingin hawa belakang, pemegang kaca mata, upholsteri fabrik dan pelbagai lagi.
Bagaimana pula jika anda ingin membawa trak ini masuk ke hutan untuk aktiviti lasak atau membawa barang-barang yang besar dan berat?
Jangan risau kerana ia dikuasakan oleh enjin BluePower turbodiesel 1.9-liter empat silinder yang mampu menghasilkan 150 PS pada 3,600 rpm dan 350 Nm dari 1,800 hingga 2,600 rpm.
Anda ada pilihan transmisi manual enam kelajuan atau automatik enam kelajuan dengan ‘sequential shift’ untuk ‘manual mode’, kedua-duanya digandingkan dengan sistem pacuan empat roda.
Apa yang menarik, enjin bukan sahaja berkuasa malah sudah terbukti mampu mencapai jarak sejauh lebih 1,000 km dengan satu tangki penuh. Sesaran yang kecil bermakna cukai jalannya juga tidak tinggi iaitu sekitar RM399.20 setahun.
Lebih meyakinkan lagi, D-Max 1.9L 4×4 AT Standard juga tidak lekang dengan ciri-ciri yang sememangnya patut ada pada sebuah trak pikap seperti Rear Differential Lock.
Tidak cukup dengan itu, ia juga didatangkan dengan sembilan ciri keselamatan aktif iaitu Electronic Stability Control (ESC), Traction Control (TC), Hill Start Assist (HAS), Hill Descent Control (HDC), Anti-Lock Brake System (ABS), Electronic Brakeforce Distribution (EBD), Brake Assist (BA), Brake Override System dan Emergency Stop Signal.
Harga jualan Isuzu D-Max 1.9L 4×4 AT Standard bermula dari RM107,599.20 untuk versi manual dan RM114,999.20 untuk versi automatik. Isuzu Malaysia menawarkan waranti selama lima tahun atau 150,000 km.
KTM dalam satu perkembangan terbaru membuat kejutan apabila mengumumkan perancangan untuk memindahkan kilang pembuatan utama dari Austria ke China dan India.
Keputusan itu dibuat bagi memastikan jenama motosikal dari Austria itu dapat memenuhi permintaan semasa di samping meningkatkan jumlah pengeluaran sedia ada.
Menurut Pierer Mobility Group (PMG), yang merupakan pemilik kepada KTM, Husqvarna, GasGas dan terbaru MV Agusta, perpindahan kilang pembuatan dan pemasangan itu akan dibantu CFMOTO di China dan Bajaj Auto di India.
Untuk rekod, CFMOTO telah pun bertanggungjawab menghasilkan model 790 Duke dan 790 Adventure untuk pasaran global ketika ini sementara Bajaj pula mengendalikan model bawah 390cc.
Buat masa ini, kilang utama di Austria bertanggungjawab menghasilkan model 890 Duke, 1290 Duke dan 1290 Super Adventure. Namun, perkembangan terbaru ini hampir pasti menyaksikan tanggungjawab itu akan digalas CFMOTO selepas ini.
TAHUN 2023 kian sampai ke penghujungnya dan sama seperti tahun-tahun sebelumnya, 2023 juga menyaksikan suka duka tersendiri dalam dunia automotif.
Terdapat juga perkembangan penting selain kotroversi dan perkambangan yang boleh bikin kecoh. Jom kita lihatkan.
Januari
Awal bulan Januari, kita dikejutkan dengan pemergian seorang ikon dalam sukan permotoran, Ken Block yang maut ditimpa kereta salji. Pengasas Hoonigan Racing yang juga pemandu rali itu terkenal di Youtube melalui video-video aksi gymkhana memandu pelbagai jenis kereta.
Seterusnya netizen berdebat mengenai harga Perodua Axia baharu yang bakal dilancarkan, dimana harga tempahan dilihat lebih mahal dari model generasi sebelumnya.
Kami mengeluarkan artikel memetik penerangan CEO Perodua, Dato’ Seri Zainal Abidin Ahmad tentang sebab-sebab kenaikan harga ini, tetapi biasalah netizen, tetap mahu mengecam. Perodua Axia 2023 dilancarkan secara rasmi pada bulan berikutnya, Februari.
Februari
Dua berita hangat bulan Februari ini adalah kerajaan akan melaksanakan sistem kutipan tol tanpa henti di lebuh raya Malaysia. Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, ia tidak akan melibatkan penambahan kos kepada pengguna atau sebarang kenaikan tol.
Ini pastinya dialu-alukan kerana antara punca kesesakan di lebuh raya adalah sistem plaza tol yang tidak cukup cekap dalam melancarkan aliran trafik. Tetapi bila ia boleh dilaksanakan?
Hanya perlu tunjukkan salinan digital jika diminta oleh pihak berkuasa. Tetapi ia tetap menjadi masalah dan telahpun mencetuskan beberapa isu susulan seperti hal kereta sewa dan pegawai penguatkuasa yang tidak mempunyai peranti untuk menyemak data dalam sistem.
Idea ke arah lebih baik, tetapi pelaksanaan masih boleh diperbaiki.
Penutup kepada berita penting bulan ini adalah pelancaran lima model GR oleh Toyota iaitu GR Supra, GR Corolla, GR86, Hilux GR Sport, dan Corolla Cross GR Sport.
Bagi kami ini berita penting kerana bukan sahaja ia pelancaran besar oleh Toyota, tetapi juga kerana ia menawarkan barisan model-model khas untuk peminat kereta yang benar-benar suka memandu. Sesuatu yang ‘rare’ untuk zaman EV masa kini.
Mac
Banyak juga yang menarik berlaku pada Mac. Pertamanya, enjin dan sistem janaan kuasa Proton X90 didedahkan. Ramai yang berdebat risau tidak cukup kuasa, tetapi mereka lupa lihat output dan sistem mild hybrid yang digunakan. Hanya melihat kepada cc atau sesaran semata-mata.
Bulan Mac juga menyaksikan pelancaran Toyota Vios baharu. Kenapa ia termasuk dalam satu berita penting? Kerana kontroversi ketiadaan tayar ganti pada Vios ini, dan tempat duduk belakang yang tidak boleh dilipat.
Memandangkan ia antara kereta paling mampu milik, maka ramailah netizen mengambil bahagian berdebat isu ini. Geng Honda City pastinya paling seronok mengecam.
Pada April, tular video seorang penghantar makanan Foodpanda menangis dan mendakwa dirinya ditipu sebanyak RM300, malah akaunnya digantung beberapa hari. Ramai yang bersimpati dengan nasibnya.
Kemudian, berkenaan kes basikal lajak yang kecoh seluruh negara beberapa tahun lepas. Pada 18 April 2023, Sam Ke Ting, pemandu yang didakwa menyebabkan kematian itu telah dibebaskan dengan jaminan yang dipersetujui oleh panel tiga hakim.
Seterusnya, dalam menyahut perkembangan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, kami memandu Volvo C40 Recharge iaitu kenderaan EV sepenuhnya untuk pulang beraya! Ya, lebih seminggu, dengan pelbagai jenis jalan. Boleh ikut pengalaman kami di sini.
Akhir sekali, bulan April menyaksikan tercetusnya isu skandal keselamatan Daihatsu yang mengaku membuat ‘kesalahan’ dimana terdapat perubahan pada kenderaan yang digunakan dalam ujian perlanggaran keselamatan.
Ini melibatkan model-model di bawah payung Daihatsu-Toyota-Perodua iaitu Axia 2023, Vios (Yaris Ativ di Thailand), Agya, dan sebuah model yang belum dilancarkan.
Mei
Pada Mei, susulan dari ‘meletupnya’ isu skandal Daihatsu tadi, UMW Toyota Motor menyiarkan kenyataan bahawa jualan Toyota Vios baharu akan diteruskan kerana tiada isu dari segi keselamatan dan kualiti.
Kemudian, Proton membuat kejutan dengan kemunculan X50 R3 yang dipamerkan dalam satu acara pameran automotif. X50 R3 itu dilancarkan sebagai meraikan ulang-tahun ke-20 divisyen R3, dan pengeluaran dihadkan sebanyak 200 unit sahaja.
Satu berita hangat di awal bulan Jun ialah nombor plat FF1 yang menjadi milik Sultan Johor, berharga RM1.2 juta. Nombor plat itu diperolehi setelah bidaan tertinggi dibuat, dan ia dipersembahkan oleh Anthony Loke sendiri yang datang menghadap baginda Sultan Johor di Johor Bahru.
Seterusnya, Tesla telah menyiarkan tawaran temuduga memandangkan mereka akan membuka pejabat rasmi pertama di Malaysia, sebelum melancarkan model-modelnya. Ini menjadi titik permulaan bagi perkembangan jenama Tesla di negara ini yang mencetuskan fenomena tersendiri.
Kemudian, satu berita sedih pula dimana seorang penunggang motosikal maut selepas terjatuh dari ‘flyover’ lebuh raya SUKE akibat mengelak sebuah motosikal lain yang melawan arus. Insiden ini mengundang kemarahan netizen yang menyalahkan motosikal yang melawan arus tadi.
Akhir sekali, Perodua telah melancarkan Axia E spesifikasi ‘Rahmah’ yang berharga RM22,000 sahaja. Tetapi ia bukan dari versi generasi terkini, sebaliknya dari model Axia generasi pertama.
Axia E ini hadir dengan ‘spec kosong’ yang sangat asas. Rim kompang, dua beg udara, tiada radio, lampu halogen, dan hanya ditawarkan dengan transmisi manual 5-kelajuan.
Selain untuk sekolah memandu, Axia E ini sebenarnya disasarkan untuk menggalakkan penunggang motosikal beralih ke kereta, untuk meningkatkan keselamatan.
Sekian bahagian pertama dengan enam bulan telah kita lihatkan. Nantikan bahagian kedua untuk imbas kembali Julai hingga Disember 2023.
CNN melaporkan bahawa Daihatsu mengakui telah memalsukan keputusan ujian keselamatan untuk kenderaan kenderaan mereka selama lebih 30 tahun, dengan kes terawal dikesan sejak 1989.
Seorang jurucakap Daihatsu memberitahu agensi berita itu bahawa pengeluar kenderaan kompak itu telah menghentikan pengeluaran di semua empat kilangnya sejak Selasa lalu, termasuk satu yang terletak di ibu pejabatnya di Osaka.
Penutupan itu dijangka berlanjutan sehingga sekurang-kurangnya akhir Januari depan dan bakal menjejaskan kira-kira 9,000 orang kakitangan yang bekerja di bahagian pengeluaran domestik.
Langkah ini diambil ketika Daihatsu bergelut dengan skandal keselamatan yang semakin mendalam yang dikatakan “telah menggoncang asas syarikat”, menurut Toyota.
Minggu lalu, Daihatsu mengumumkan jawatankuasa bebas pihak ketiga telah menemukan bukti sebanyak 174 kes penyelewengan data ujian keselamatan melibatkan 64 model, termasuk yang dijual di bawah jenama Toyota.
Sehubungan dengan itu, Daihatsu berkata ia akan menangguhkan sementara semua penghantaran kenderaan domestik dan antarabangsa.
Menurut laporan itu, kes terawal dikesan pada 1989, dengan peningkatan bilangan kes yang semakin ketara sejak 2014.
Skandal ini dilihat sebagai satu lagi tamparan kepada syarikat itu, yang pada April lalu turut mengakui telah melanggar piawaian ujian perlanggaran ke atas lebih 88,000 kereta yang kebanyakannya dijual di bawah jenama Toyota di Malaysia dan Thailand.
Pada Mei lalu, pengeluar kenderaan itu menemui lebih banyak salah laku melibatkan pemalsuan data ujian perlanggaran untuk dua model hibrid yang telah dihentikan jualannya.
Setelah sekian lama Tesla memegang gelaran sebagai pengeluar EV terbesar dunia, keadaan tersebut mungkin akan berubah sedikit masa lagi.
Ini kerana menurut laporan Bloomberg, syarikat China BYD dijangka akan memintas Tesla dalam tempoh beberapa bulan lagi.
Berbanding Tesla, BYD mempunyai kelebihan dari segi penawaran model yang lebih inovatif pada harga yang lebih mampu milik, membolehkan mereka menjual kenderaan dalam volum yang lebih tinggi.
Di China sendiri, BYD kekal mendominasi carta jualan kenderaan tenaga baharu untuk tempoh 18-24 Disember 2023 dengan mengalahkan Tesla di tempat kedua.
Sepanjang tempoh tersebut, BYD telah mendaftarkan sebanyak 63,900 unit kenderaan, peningkatan sebanyak 23.6 peratus berbanding minggu terdahulu, diikuti Tesla (18,500 unit EV) dengan peningkatan sebanyak 1.09 peratus.
Untuk tempoh antara 1 hingga 24 Disember, BYD telah berjaya menjual sebanyak 180,000 unit EV di China, sementara Tesla pula mencatatkan jumlah jualan sebanyak 60,200 unit EV untuk tempoh yang sama.
AMERIKA Syarikat (AS) mempunyai undang-undang lampu kenderaan antara paling kompleks di dunia, dan Mercedes-Benz menambah satu lagi elemen.
Mereka memohon untuk penggunaan lampu luaran berwarna turquoise (hijau cerah) dan ia telah diluluskan oleh AS. Lampu itu bertujuan menunjukkan status sistem pemanduan autonomi Level 3.
Dinamakan sebagai Drive Pilot, sistem ini membolehkan pemandu memberikan tugas utama kepada kereta, pada kelajuan sehingga 40 batu sejam (64km/j). Sudah tentu, pemandu perlu bersedia mengambil alih semula kawalan pada bila-bila masa jika kereta tidak mampu memandu sendiri.
Mercedes berkata jika sebarang sistem tidak berfungsi, terdapat fungsi brek dan stereng khas yang akan terus mengawal kereta dengan selamat sehingga pemandu mengambil alih semula.
Baru-baru ini, sistem lampu ini diluluskan untuk negeri California dan Nevada. Cahaya nyalaan turquoise itu akan menyala pada lampu depan, belakang, dan cermin sisi.
Menurut Mercedes, warna lampu unik ini berpotensi membuatkan orang lebih selesa dengan idea kereta pemanduan kendiri.
Syarikat itu berkata lampu ini akan menambahkan keselamatan trafik dan akan memberi makluman kepada pegawai polis jika pemandu tidak memandu disebabkan oleh isyarat warna ini.
Mercedes juga berharap dapat menjadikan warna ini sebagai standard lampu kenderaan pemanduan autonomi bagi seluruh dunia.
SEDAR atau tidak, Toyota sebenarnya telah mempelopori teknologi hibrid hampir suku abad lamanya. Teknologi ini terus diberikan inovasi dan penambahbaikan, dan ia kini semakin cekap seperti yang anda boleh dapati dalam model-model seperti Corolla Cross Hybrid Electric dan Innova Zenix Hybrid Electric.
Teknologi hibrid Toyota direka untuk memberikan pengalaman memandu unik, menggunakan dua sumber kuasa lalu menghantar kuasa yang lancar dan cekap.
Kebanyakan pemanduan anda dalam bandar boleh dibuat menggunakan motor elektrik sahaja, bermakna tiada langsung pelepasan asap dari ekzos. Dengan kurangnya pelepasan ekzos, maka kurang juga penggunaan petrol.
Ini menjadikan elektrik hibrid antara kenderaan paling cekap tenaga atas jalan raya, terutamanya di Malaysia.
Bagaimana elektrik hibrid berfungsi
Kenderaan elektrik hibrid menggunakan dua sumber kuasa berbeza – sebuah enjin petrol dan satu motor elektrik, maka lahirlah nama hibrid.
Kenderaan sebegini lebih menjimatkan berbanding kereta biasa, tetapi ia tidak memerlukan anda mengecas kerana enjin akan mengecas bateri secara automatik.
Ini membuatkan kenderaan hibrid praktikal kerana anda hanya perlu isi minyak untuk menikmati dua jenis sumber kuasa. Enjin dan motor dalam kenderaan hibrid Toyota mampu beroperasi berasingan – atau bersama – bergantung kepada keadaan.
Anda juga tidak akan ada masalah kerisauan jarak perjalanan (range anxiety) seperti kenderaan elektrik sepenuhnya kerana enjin petrol masih ada jika motor elektrik kehabisan bateri.
Mengapa pilih elektrik hibrid Toyota?
1. Bateri tahan lama
Bateri hibrid Toyota direka supaya selamat dan tahan lama, dan ia dibina dengan teknik serta kualiti yang anda boleh jangkakan dari jenama seperti Toyota.
Bateri-bateri hibrid ini hadir dengan jaminan 8 + 2 untuk ketenangan minda anda. Maklumat lanjut berkenaan jaminan bateri boleh didapati di sini.
2. Kos penyelenggaraan rendah
Secara keseluruhan, kos pemilikan elektrik hibrid adalah rendah, dari segi pengisian petrol dan penyelenggaraan.
Mengapa? Kos penyelenggaraan hibrid ini lebih rendah kerana tidak terdapat banyak komponen serta ketahanan komponen bateri dan elektrik. Sebagai contoh, penggunaan regenerative braking bermakna kurangnya kelusuhan pada pad brek.
3. Kecekapan bahan api lebih baik
Dengan dua sumber kuasa, hibrid boleh dipandu sepenuhnya dengan kuasa elektrik pada kelajuan rendah dan bila enjin melahu atau mula bergerak. Enjin hanya berfungsi pada kelajuan tinggi, bermakna kecekapan bahan api keseluruhan juga lebih baik.
Ini semua menyumbang kepada kecekapan bahan api dan penjimatan minyak tanpa mengorbankan prestasi.
4. Seronok dipandu
Hibrid hari ini tidak seperti dulu, ia kini sangat responsif dan sporti disebabkan tork segera yang boleh dibekalkan oleh motor elektrik dan kelajuan lebih tinggi yang boleh diberikan oleh enjin.
Dua sumber kuasa ini bekerjasama dengan harmoni untuk memberikan anda kuasa dan prestasi pada bila-bila masa.
Perubahan bermula dengan anda
Anda boleh mulakan perubahan demi masa depan lebih cerah dengan barisan model elektrik hibrid Toyota.
SELEPAS melancarkan Aveta Service Corner (ASC) baru-baru ini, Aveta Malaysia kini memperkenalkan pula program terbarunya yang dikenali sebagai Aveta Care on Wheels (ACW).
Pelancaran inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha Aveta Malaysia untuk memperluaskan rangkaian jualan dan khidmat selepas jualan mereka bagi memenuhi keperluan pelanggan.
ACW merupakan pasukan perkhidmatan mudah alih yang terdiri daripada satu trak pikap dan tiga motosikal. Misi pasukan ini adalah untuk memberikan perkhidmatan sokongan kepada pemilik motosikal Aveta di Semenanjung Malaysia yang menghadapi masalah teknikal.
Pasukan ACW terdiri daripada kakitangan Aveta Malaysia yang berpengalaman dan telah dilatih khusus untuk menyelesaikan sebarang isu teknikal.
Pengarah Urusan Kumpulan, Steven Lim berkata, “Di Aveta, kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan kami. Aveta faham bahawa produk yang menarik sahaja tidak mencukupi. Sebuah jenama hanya akan berjaya apabila ia mempunyai program penjagaan pelanggan yang menyeluruh untuk memenangi hati dan keyakinan pelanggannya.”
ACW meliputi seluruh Semenanjung Malaysia, dan rancangan untuk memenuhi kehendak pelanggan di Sabah dan Sarawak sedang giat diuruskan. Ia beroperasi dari Isnin sehingga Sabtu, 10 pagi sehingga 5.30 petang. Temujanji boleh dibuat melalui talian Aveta Customer Careline di +60129565409.
SEPERTI biasa, acara Tokyo Auto Salon (TAS) menjadi ‘pentas’ untuk pengeluar kenderaan menunjukkan kereta-kereta modifikasi dan konsep mereka.
Untuk edisi 2024 yang akan berlangsung pada Januari depan, Honda akan mempamerkan beberapa model yang baharu yang telah diberi sentuhan segar. Antara model yang dimaksudkan adalah WR-V Field Explorer Concept dan Accord e:HEV Sports Line.
WR-V ini kelihatan sedikit berbeza dengan WR-V yang dipasarkan di Malaysia kerana ia berasaskan model Elevate yang dijual di India. Ia mempunyai ukuran yang lebih besar namun menggunakan enjin 1.5 liter NA yang sama. Model ini akan memasuki pasaran Jepun pada Mac 2024.
Field Explorer Concept ini menyerlahkan lagi sisi rugged WR-V menerusi penggunaan aksesori tulen Honda seperti gril baharu dengan tulisan HONDA (bukannya logo H), tiga lampu penanda LED seperti Ford F-150, lampu kabus berwarna kuning dan tint gelap pada lampu depan dan belakang.
Selain itu, terdapat juga aksen hitam yang menggantikan trim krom dan aluminium, rim hitam yang dibalut tayar off-road, skirt sisi dan rak bumbung.
Seperti namanya, Sports Line pula versi lebih sporty bagi Accord e:HEV baharu yang akan memasuki pasaran Jepun pada musim bunga tahun depan. Ia dilengkapi dengan komponen aerodinamik dalam warna hitam berkilat dan rim aloi berukuran 19 inci.
Accord e:HEV dikuasakan oleh trenkuasa hibrid yang terdiri daripada enjin kitaran Atkinson 2.0 liter empat silinder, dua motor elektrik dan transmisi jenis CVT.
Di samping dua model ini, Honda juga akan membawakan beberapa lagi hasil tangan mereka ke TAS 2024. Ini termasuk Civic Type R Mugen Gr.A dan Gr.B, serta lapan buah jentera lumba dari pelbagai kategori seperti Type R-GT dari Super GT Series dan Type R CNF-R.
Bukan itu sahaja, syarikat itu juga akan memperkenalkan sebuah jentera lumba berasaskan Civic bergelar “Joy Resistance” yang mempunyai pakej aerodinamik agresif dan trenkuasa hibrid.
Disebabkan saiz pasaran China yang agak besar, tidak menghairankan apabila wujudnya pelbagai syarikat kerjasama antara nama-nama besar seperti Geely-Baidu, serta beberapa pengeluar peranti pintar terkemuka, seperti Huawei.
Syarikat kerjasama Huawei-Seres baharu sahaja melancarkan SUV flagship enam tempat duduk Aito M9 yang menampilkan teknologi Huawei yang terkini.
Ia membawakan ukuran yang lebih besar berbanding BMW X7, dengan dimensi sepanjang 5,230 mm, lebar 1,999 mm, tinggi 1,800 mm dan jarak antara roda sepanjang 3,110 mm, selain angka pekali seretan serendah 0.264 Cd sahaja!
Terdapat dua pilihan trenkuasa ditawarkan untuk M9.
Versi elektrik penuh menampilkan dua motor elektrik berkuasa 523 hp, dan pek bateri CATL 97.7 kWh yang menawarkan jarak gerak sejauh 630 km untuk sekali cas penuh.
Sementara versi range extender pula mempunyai nadi 1.5 liter turbo yang bertindak sebagai unit penjana kuasa untuk dua motor elektrik 490 hp dan pek bateri CATL dengan pilihan kapasiti 42 atau 52 kWh.
Tetapan range extender itu membolehkan M9 bergerak sejauh 1,362 hingga 1,402 km untuk gandingan bateri cas penuh dan tangki bahan api penuh.
Ciri unik yang wujud pada model M9 ini ialah projektor terbina pada bahagian hadapan yang dapat mengubah mana-mana permukaan rata menjadi paparan sebesar 100 inci, diikuti projektor laser pada ruang kabin dengan panel sebesar 32 inci yang boleh disimpan.
Papan pemuka M9 menjadi perumah kepada tiga skrin, terdiri daripada skrin kluster digital 12.3 inci, skrin tengah 15.6 inci dan skrin depan penumpang bersaiz 16 inci, diikuti dengan skrin paparan head-up 75 inci dan sistem audio 2,080 watt dengan 25 pembesar suara serta teknologi pengurangan bunyi aktif.
Terdapat empat lagi tambahan tablet paparan untuk penumpang baris belakang, di mana kesemuanya dijalankan dengan sistem operasi HarmonyOS 4 Huawei.
Kesemua enam tempat duduk dalam ruang kabin M9 mempunyai larasan berkuasa elektrik sehingga 14 tahap, fungsi pemanasan dan pengudaraan, serta boleh dikonfigurasikan mengikut keperluan.
Dari segi keselamatan, Aito M9 dilengkapi dengan sistem Huawei ADS 2.0 dan 27 unit penderia.
Di pasaran China, Aito M9 sudah boleh ditempah pada harga bermula dari 469,800 yuan hingga 569,800 yuan (RM304,481-RM369,292).
Geely nampaknya sangat serius untuk bersaing dengan Tesla di pasaran China.
Selepas pengenalan model Jiyue 01 sebagai pesaing terus kepada Tesla Model Y, pasaran China kini menerima kehadiran model baharu Jiyue 07, sebuah sedan fastback berkuasa elektrik yang bakal memberikan cabaran kepada Tesla Model 3.
Jiyue 07 berkongsi platform Sustainable Experience Architecture (SEA) yang sama digunakan pada Volvo EX90, EX30, Polestar 4, dan kebanyakan model Zeekr.
Secara standard, varian asas 07 dilengkapi dengan motor elektrik 268 hp dan pel bateri 71.4 kWh, sementara versi pacuan semua roda pula hadir dengan motor elektrik berkembar 536 hp dan pek bateri 100 kWh.
Rekaan luaran 07 ini banyak berkongsi dengan SUV 01 yang telah diperlihatkan sebelum ini, di mana ia mendapat sepasang lampu utama yang agresif, bar LED melengkung, diikuti unit lampu belakang yang hampir sama.
Berdasarkan imej teaser yang dibekalkan sebelum ini, ruang kabin 07 pula menampilkan susun atur yang minimalis, bermula dengan skrin tunggal yang memanjang, diikuti dengan rekaan roda stereng jenis yoke.
Pasangan adik beradik di United Kingdom telah dijatuhkan hukuman penjara lebih 10 tahun selepas didapati bersalah atas cubaan membunuh pencuri motosikal.
Christopher dan Colin Nurse masing-masing dijatuhkan hukuman 30 dan 14 tahun penjara susulan insiden yang berlaku pada Mac 2020.
Menurut laporan, sekumpulan pencuri motosikal telah cuba melarikan dua motosikal jenis Ducati dan Yamaha yang berada di tapak letak kenderaan di Cooper Close, London. Namun, percubaan pertama mereka gagal apabila disergah penduduk setempat.
Bagaimanapun, dua daripada mereka kembali semula ke lokasi dan ketika itu dua beradik Nurse telah pun bersedia dengan pistol lalu melepaskan tembakan.
Akibat dari tembakan yang dilepaskan secara melulu terhadap pencuri berkenaan, salah seorang penduduk yang tidak ada kaitan dengan kejadian tersebut mengalami kecederaan tembakan di bahagian kanan.
Polis menahan adik beradik itu serta merta di rumah mereka selepas menerima laporan.
Toyota mengumumkan bahawa mereka menggunakan perlumbaan di litar Chang International Circuit itu sebagai platform bagi membolehkan tiga jentera mereka berentap.
Menariknya, kesemua tiga kereta tersebut adalah dengan bahan api sifar karbon – ORC Rookie GR86 CNF, ORC Rookie GR Corolla H2, dan CP Rookie Prius CNF-HEV GR. Ketiga-tiga kereta ini juga berjaya menamatkan perlumbaan 10 jam tersebut.
Bahan bakar sifar karbon yang memacu kesemua jentera adalah hidrogen hasil kerjasama dengan Charoen Pokphand Group (CP).
Berikut adalah nama kereta, pasukan, pemandu, kelas, dan keputusan perlumbaan:
Dalam perlumbaan ini, Toyota mahu membangunkan pilihan sifar karbon bagi kegunaan sukan permotoran. GR86 dan Prius menggunakan bahan api sifar karbon manakala Corolla menggunakan hidrogen yang diperbuat dari gas bio hasil ladang ayam.
Kesemua pemandu memberikan maklum balas yang baik berkenaan jentera yang dipandu mereka.
Menjelang perlumbaan itu juga, Toyota menjalankan GR Festival 2023 pada 19 Disember di Bangkok. Ia menampilkan persembahan drift dan time attack oleh pemandu-pemandu Rookie Racing, D1, dan Toyota Gazoo Racing Tema Thailand menggunakan model-model GR terkini.