Arkib Tag: WMoto Malaysia

WMoto Island 150 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia, harga RM6,688

Mforce Bike Holdings selaku pengedar rasmi WMoto di Malaysia melancarkan skuter terbaharu WMoto Island 150 2026.

Terdapat dalam tiga pilihan warna iaitu Aura Black, Action Blue dan Prime Grey, skuter 150 cc dijual pada harga RM6,688.

 

Spesifikasi

Island 150 dijana enjin silinder tunggal 150 cc sejukan cecair yang dipadankan dengan transmisi CVT.

Kuasa sekitar 15.4 hp @ 8,500 rpm dan daya kilas 14.2 nm @ 6,500 rpm disalurkan ke roda menerusi pacuan tali sawat.

Suspensi terdiri daripada fork hadapan hidraulik dibantu dengan penyerap hentak berkembar di belakang.

Ciri standard yang dimuatkan termasuklah:

  • rim 17 inci
  • ABS dua-saluran
  • Kawalan Cengkaman (TCS)
  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)
  • skrin paparan digital 7-inci berwarna
  • sistem lampu LED penuh
  • port pengecasan USB Type-A & Type-C
  • cangkuk beban 5kg

WMoto Bobbie 450S 2025 rasmi di Malaysia – harga dari RM19,888

WMoto Malaysia baru-baru ini melancarkan model cruiser terbaharu WMoto Bobbie 450S 2025 bersempena pembukaan Mforce Best Shop yang terletak di Johor Bahru.

Cruiser ini dikuasakan oleh enjin dua silinder DOHC 449 cc sejukan cecair menghasilkan 49.6 hp @ 9,500 rpm dan daya kilas 39 Nm @ 7,600 rpm.

Enjin itu tadi dipadankan dengan transmisi enam-kelajuan serta sistem pacuan akhir jenis rantai.

Suspensi terdiri daripada fork teleskopik bersudut 29 darjah di hadapan diikuti penyerap hentak berkembar boleh laras di bahagian belakang, masing-masin gmnawarkan jarak pergerakan roda 130 mm dan 100 mm.

Sistem brek pula menggunakan unit rotor bersaiz 320 mm dan 256 mm di belakang, dibantu dengan sistem ABS dua saluran.

Antara ciri yang dimuatkan termasuklah unit pencahayaan LED termasuklah lampu nyalaan siang (DRL), paparan meter LED digital, port pengecasan USB Type-A, peredam ekzos berkembar, peredam stereng serta brek parkir.

Kapasiti tangki bahan api adalah sebesar 15 liter sementara tinggi pelana 650 mm.

Terdapat tiga warna pilihan iaitu Ground Sand Ash, Gulf Custom dan Matte Black. Harga jualan pula bermula dari RM19,888 tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

WMoto Nexy+180 2025 rasmi lancar di Malaysia – harga dari RM8,988

Bersempena dengan pembukaan Mforce Best Shop Johor Bahru, WMoto Malaysia melancarkan skuter terbaharu Nexy+180 2025.

Skuter ini dijana dengan enjin silinder tunggal 174 cc sejukan cecair menghasilkan kuasa 18.2 hp @ 8,500 rpm dan daya kilas 17.2 Nm @ 6,500 rpm, dipadankan dengan kotak gear CVT.

Suspensi terdiri daripada fork teleskopik hadapan dengan jarak pergerakan roda 103 mm, diikuti penyerap hentak berkembar dengan jarak pergerakan roda 130 mm.

Brek pula menggunakan angkup empat omboh dengan rotor tunggal 260 mm di depan, dibantu dengan angkup omboh tunggal dan rotor 220 mm.

Ciri keselamatan termasuklah sistem brek ABS dua saluran, kawalan cengkaman (TCS), suis keselamatan topang sisi, serta kamera perakam tunggangan di hadapan.

Antara ciri yang dimuatkan termasuklah unit pencahayaan LED depan dan belakang, lampu nyalaan siang (DRL), skrin penghadang angin, skrin paparan TFT 6-inci, port pengecasan USB Type-A dan Type-C, ruang simpanan dengan penutup magnetik, serta rak barangan di belakang.

WMoto Nexy+180 turut menyokong Bluetooth untuk membolehkan pengguna membuat sambungan kepada aplikasi pihak ketiga seperti Carbit Ride dan Roadcam.

Terdapat empat warna menarik iaitu Magic Blue, Mildnight Black, Nardo Grey, dan Xtreme White.

Harga jualan pula bermula dari RM8,988 tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

WMoto EZ125i 2025 rasmi di Malaysia – harga RM4,588

Sebuah lagi model keluaran WMoto dilancarkan oleh MForce Bike Holdings, iaitu skuter WMoto EZ125i untuk pasaran Malaysia.

Skuter ini boleh didapati dalam empat pilihan warna, iaitu Silver Grey, Grey, Red dan Deep Sky Blue, setiap satu berharga RM4,588 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

EZ125i dijana dengan enjin silinder tunggal 124 cc sejukan udara yang mampu menghasilkan 11.8 hp @ 7,500 rpm dan daya kilas 9.5 Nm @ 6,000 rpm dipadankan dengan transmisi automatik CVT dan pacuan akhir tali sawat.

Suspensi terdiri daripada fork teleskopik depan dan penyerap hentak berkembar di belakang, sementara brek pula menggunakan gandingan cakera depan dan brek gelendong di belakang.

Antara kelengkapan skuter ini termasuklah sistem lampu LED, paparan meter digital, slot pengecasan USB Type-A, ruang simpanan hadapan dan bawah pelana, cangkuk barang dan tempat pemijak kaki yang boleh disembunyikan.

Selain itu, ia menawarkan berat keseluruhan 95 kg, tangki bahan api sebesar 6.5 liter dan tinggi pelana 760 mm yang sesuai untuk semua lapisan pengguna.