Arkib Tag: PLI

PETRONAS Lubricants International jalin kerjasama dengan UM Motorcycles, bekal PETRONAS Sprinta ke pasaran global

PETRONAS Lubricants International (PLI) mengumumkan kerjasama strategik dengan UM Motorcycles.

Untuk makluman, UM Motorcycles merupakan jenama motosikal dari Miami, Amerika Syarikat yang diasaskan pada tahun 1999.

Hadir di lebih 40 buah negara, jenama ini menawarkan pelbagai jenis motosikal termasuk cruiser, naked, adventure serta skuter.

Bekal pelincir PETRONAS Sprinta

gambar hiasan

Melalui perjanjian itu, PLI akan membekalkan minyak pelincir PETRONAS Sprinta kepada rangkaian pengedar dan selepas jualan UM Motorcycles di pasaran terpilih sekitar Asia Pasifik, Eropah, Afrika dan Amerika Latin.

Fasa awal melibatkan produk terpilih dengan teknologi UltraFlex™, yang dirumus untuk memberikan tindak balas segera serta perlindungan serentak kepada enjin, klac dan gear.

Ia turut menyokong ketahanan enjin dalam pelbagai keadaan, daripada permulaan sejuk dan trafik henti-gerak hingga tunggangan mencabar di jalan terbuka.

Kerjasama ini membuka peluang pertumbuhan antarabangsa kepada PLI, manakala rangkaian UM Motorcycles mendapat manfaat daripada kepakaran pelincir syarikat tersebut.

PLI turut menyokong pembangunan pengedar, latihan teknikal dan pemasaran bersama bagi meningkatkan nilai kepada pelanggan serta mutu selepas jualan.

Bekalan pertama dijadualkan tersedia pada Oktober 2026, bermula di Asia, sebelum diperluas secara berperingkat ke Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA), serta benua Amerika.

PETRONAS Lubricants, Glide Technology bentuk kerjasama edar minyak penebat premium

PETRONAS Lubricants International (PLI) dan pengeluar minyak pelincir tempatan Glide Technology Sdn Bhd telah memeterai perjanjian kerjasama dalam pengedaran minyak penebat premium.

Minyak penebat di bawah jenama PETRONAS Tranol Glide itu akan memainkan peranan penting dalam operasi transformer yang merupakan teras utama pencawang elektrik.

Glide memiliki fasiliti pengeluaran yang terletak di Shah Alam, Selangor dan merupakan pembekal kepada syarikat utiliti dan pengeluar transformer.

Menerusi kerjasama dengan PLI, Glide akan mengeluarkan minyak penebat Tranol Glide di fasilitinya untuk pengedaran dalam negara.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PLI, Khalil Muri berkata, ““Kepakaran dan keupayaan PETRONAS Lubricants International yang telah terbukti dalam menyediakan penyelesaian industri dan produk berkualiti tinggi akan membolehkan kami menyokong pertumbuhan sektor industri negara yang terus mencatatkan trajektori peningkatan sejak beberapa dekad lalu.

“Rangkaian PETRONAS Tranol Glide dihasilkan untuk mengekalkan dan meningkatkan prestasi sistem tenaga bagi menyokong pertumbuhan ini.”