Arkib Tag: model baharu

Proton e.MAS 7 PHEV 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia – harga dari RM105,800

Proton New Energy Technology (Pro-Net) melancarkan model terbaharu SUV plug-in hybrid, iaitu e.MAS 7 PHEV untuk pasaran tempatan.

Ditawarkan dalam tiga varian, harga jualan bagi Proton e.MAS 7 PHEV 2026 adalah seperti berikut:

  • Proton e.MAS 7 PHEV Prime – RM109,800
  • Proton e.MAS 7 PHEV Premium – RM123,800
  • Proton e.MAS 7 PHEV Premium Plus – RM129,9800

5,000 orang pelanggan pertama akan menikmati rebat pelancaran khas bernilai RM4,000, menjadikan harga jualan e.MAS 7 PHEV serendah RM105,800 sahaja.

 

Pakej Power Pack

Pro-Net turut memperkenalkan pakej Power Packs bernilai sehingga RM7,500 merangkumi:

  • Power Home – Pengecas rumah 7 kW (bernilai RM1,500)
  • Power Online – Data internet 2GB/bulan percuma selama 5-tahun (bernilai RM1,000)
  • Power Trade-in – Rebat tukar-beli melalui Carsome (bernilai RM1,000)
  • Power Exchange – Ganti kenderaan yang tidak lagi sesuai digunakan (bernilai RM4,000)
  • Power Protection – Pakej insurans e.MAS Care (bernilai RM1,000)

Dimensi

e.MAS 7 PHEV membawakan ukuran dimensi sepanjang 4,740 mm, lebar 1,905 mm, dan tinggi 1,685 mm.

Jarak antara roda pula sepanjang 2,755 mm.

Berbanding e.MAS 7 versi EV, versi PHEV 125 mm lebih panjang, 39 mm lebih lebar, 15 mm lebih tinggi dan jarak antara roda 5 mm lebih panjang.

Ruang kargo adalah sebesar 528 liter, dan boleh mencapai sehingga 2,065 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat.

 

Sistem PHEV

e.MAS 7 PHEV menggunakan unit rangkaian kuasa Super Hybrid EM-i Geely, terdiri daripada enjin 1.5 liter NA (98 hp/125 Nm) dan motor elektrik tunggal (215 hp/262 Nm).

Kuasa keseluruhan mencecah 258 hp dan 262 Nm yang memacu roda depan.

Terdapat dua pilihan kapasiti bateri untuk e.MAS 7 PHEV.

Varian Premium Plus menggunakan bateri bilah pendek Aegis 29.8 kWh yang menawarkan jarak gerak 170 km (data NEDC), selain menyokong pengecasan pantas DC 60 kW.

Pengecasan 30-80 peratus hanya mengambil masa kurang 16 minit.

Sementara varian Premium dan Prime pula menggunakan bateri CATL 18.4 kWh dengan jarak pandu sejauh 105 km, serta pengecasan DC sehingga 30 kW.

Sistem PHEV ini menawarkan tiga mod hibrid iaitu Series Hybrid Mode, Parallel Mode dan Direct Drive Mode.

Secara keseluruhan, e.MAS 7 PHEV boleh bergerak sejauh 1,065 km.

 

Kelengkapan

Secara standard, e.MAS 7 PHEV menggunakan tetapan suspensi topang MacPherson di depan dan multi-link di bahagian gandar belakang.

Ia juga hadir dengan rekaan lampu depan yang berbeza berbanding e.MAS 7 EV.

Varian Prime dilengkapi dengan rim 18 inci sementara dua varian tertinggi mendapat rim 19 inci.

Sementara untuk ruang kabin pula mendapat kelengkapan seperti:

  • skrin LCD 10.2 inci
  • skrin paparan head-up 13.8 inci
  • skrin tengah 15.4 inci dengan sistem operasi Flyme Auto
  • sokongan peta pengecasan langsung
  • sokongan Apple CarPlay/Android Auto
  • sistem audio keliling WANOS dengan 16 pembesar suara
  • bumbung kaca panorama
  • tempat duduk balutan leatherette, lengkap dengan fungsi memori, pengudaraan dan larasan elektronik
  • sistem pencahayaan ambien
  • slot pengecasan peranti pintar tanpa wayar

Terdapat sehingga 30 ruang storan tersedia termasuklah ruang storan berkapasiti 100 liter tersembunyi bawah lantai kargo belakang.

Ruang kargo menawarkan kapasiti sebesar 528 liter dan boleh mencapai kapasiti maksimum 2,055 liter.

 

Keselamatan

e.MAS 7 PHEV hadir dengan tujuh beg udara serta ADAS Tahap 2 merangkumi ciri berikut:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW)
  • Brek Kecemasan Automatik (AEB)
  • Bantuan Brek Kecemasan (EBA)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Pengelakan Keluar Lorong (LDP)
  • Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan (LVDA)
  • Amaran Pelanggaran Belakang (RCW)
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)
  • Bantuan Pengekalan Lorong Kecemasan (ELKA)
  • Pengecaman Papan Tanda Trafik (TSR)
  • Amaran Penukaran Lorong Selamat (LCW)
  • Sistem Pemantauan Titik Buta (BCW)
  • Amaran Bukaan Pintu (DOW)

 

Warna

Proton e.MAS 7 PHEV boleh didapati dalam pilihan warna Obsidian Black, Lithium White, Mercury Silver, Galena Grey dan Azure Blue.

Yamaha Tracer 9 GT 2026 kini di Malaysia – harga dari RM71,888

Hong Leong Yamaha Motor hari ini melancarkan model baharu Yamaha Tracer 9 GT 2026 untuk pasaran Malaysia.

Berbeza dengan model terdahulu, Tracer 9 GT membawakan perubahan dari segi reka bentuk yang lebih garang serta teknologi yang lebih moden.

 

Enjin

Tracer 9 GT dikuasakan oleh enjin tiga silinder sebaris 890 cc DOHC menghasilkan kuasa 119 PS @ 10,000 rpm dan daya kilas 93 Nm @ 7,000 rpm.

Enjin itu dipadankan dengan transmisi enam-kelajuan dan menawarkan penggunaan bahan api 5.0L/100 km.

 

Suspensi & Brek

Tetapan suspensi pula terdiri daripada fork teleskopik jenis terbalik (USD) di depan dan lengan-ayun berserta penyerap hentak tunggal di belakang.

Ciri Yamaha Ride Control (YRC) yang dibangunkan oleh KYB akan mengubah tetapan redaman secara automatik berdasarkan mod tunggangan dan keadaan jalan.

Brek pula menggunakan tetapan rotor berkembar 298 mm di depan dan rotor tunggal 267 mm di belakang.

 

Ciri tersedia

Tracer 9 GT serba baharu hadir dengan ciri moden seperti lampu LED Matriks adaptif, sistem quickshifter generasi ketiga, sistem kunci pintar, serta skrin penghadang angin boleh laras secara elektronik.

Segala info boleh diakses menerusi skrin paparan TFT tujuh inci, lengkap dengan sokongan navigasi Garmin dan aplikasi Y-Connect.

Tiga mod tersedia iaitu Sport, Street dan Rain serta dua mod kustom.

Kapasiti tangki bahan api adalah sebesar 19 liter sementara tinggi pelana pula 845 mm.

 

Pilihan warna & harga

Terdapat dua pilihan warna iaitu Ceramic Ice dan Tech Black.

Harga jualan bermula dari RM71,888 tidak termasuk insurans dan pendaftaran.

Volvo EX60 serba baharu: Enam perkara yang anda perlu tahu

Volvo akhirnya secara rasmi memperkenalkan SUV elektrik saiz pertengahan EX60 untuk pasaran global.

Berikut merupakan beberapa fakta ringkas yang perlu anda tahu:

 

1. Tiga pilihan output kuasa

Untuk permulaan, Volvo EX60 boleh didapati dalam tiga varian rangkaian kuasa dengan nama baharu, perinciannya seperti berikut:

P6 Electric
– Motor elektrik tunggal 374 hp/480 Nm
– Pecutan 0-100 km/j 5.9 saat
– Pek bateri 83 kWh
– Jarak pandu 620 km

P10 AWD Electric
– Motor elektrik berkembar 510 hp/710 Nm
– Pecutan 0-100 km/j 4.6 saat
– Pek bateri 95 kWh
– Jarak pandu 660 km

P12 AWD Electric
– Motor elektrik berkembar 680 hp/790 Nm
– Pecutan 0-100 km/j 3.9 saat
– Pek bateri 117 kWh
– Jarak pandu 810 km

Menurut Volvo, secara keseluruhan EX60 boleh didapati dalam tujuh varian yang mampu memenuhi keperluan dan gaya hidup pelanggan.

 

2. Kereta pertama daripada platform SPA3

Volvo EX60 merupakan model pertama yang lahir daripada senibina SPA3 dan dikuasakan oleh sistem perkomputeran HuginCore.

Sistem ini memanfaatkan teknologi seperti cell-to-body, motor elektrik yang dibangunkan sendiri, serta ‘mega casting’ yang lebih ringan dan menawarkan kadar kecekapan tenaga yang lebih baik.

Ia juga membantu EX60 untuk mencapai jejak karbon yang paling rendah untuk sebuah kereta elektrik Volvo, menyamai nilai yang dicapai oleh EX30.

 

3. Pengecasan 400 kW

Menurut Volvo, EX60 boleh menambah jarak sejauh 340 km dalam tempoh 10 minit sahaja dengan menggunakan pengecasan pantas 400 kW.

Varian P6 dan P10 AWD menyokong pengecasan DC 300 kW (10-80 peratus dalam 18 minit), sementara varian P12 AWD pula menyokong pengecasan DC sehingga 400 kW (10-80 peratus SoC dalam 19 minit).

 

4. Luaran

Dari sudut luaran, EX60 ini masih lagi mengekalkan pendekatan rekaan Scandinavia yang minimalis seperti yang diterapkan pada model-model EV seperti EX30 dan EX90.

Disebabkan itu, Volvo EX60 mampu mencapai angka pekali seretan serendah 0.26 sahaja, menyumbang kepada jarak pandu keseluruhan yang terbaik di dalam kelasnya.

Volvo EX60 berukuran sepanjang 4,803 mm, lebar 1,908 mm, tinggi 1,635 mm dengan jarak antara roda sepanjang hampir 3 meter (2,970 mm).

 

5. Kabin

Disebabkan jarak antara roda yang panjang itu tadi serta rekaan lantai rata, ia menyumbang kepada penawaran ruang kaki yang lebih luas dan banyak ruang penyimpanan tersedia.

Sayang sekali, Volvo masih lagi kekal menyumbatkan segala kawalan fungsi utama kenderaan di dalam skrin infohibur di bahagian tengah.

Antara ciri lain yang dimuatkan termasuklah sistem audio Bowers & Wilkins dengan 28 pembesar suara, Apple Music serta pengalaman bunyi Dolby Atmos.

Volvo EX60 juga merupakan kereta Volvo pertama yang dilengkapi dengan ciri kepintaran buatan Gemini AI daripada Google.

Ruang kargo adalah sebesar 634 liter dan boleh mencapai kapasiti sehingga 1,647 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat. Sementara ruang frunk pula sebesar 58 liter.

 

6. Trim Cross Country tersedia

Volvo turut mengesahkan kemunculan EX60 varian Cross Country yang hadir dengan ciri-ciri berikut:
– jarak kelegaan tanah 20 mm lebih tinggi
– suspensi boleh laras dengan tambahan larasan 20 mm
– skid plate bawah badan
– gerbang roda yang lebih lebar
– warna eksklusif Forest Green
– sistem pacuan AWD
– pilihan trim P10 & P12

Jaecoo J5 2025 bakal dilancarkan kelak, 5 fakta ringkas yang perlu anda tahu

Bersempena dengan penganjuran Karnival Omoda | Jaecoo di Desa ParkCity, Omoda | Jaecoo Malaysia turut mempamerkan secara rasmi model baharu Jaecoo J5 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Sebagai sebuah SUV segmen B, Jaecoo J5 bakal diposisikan sebagai alternatif yang lebih kecil kepada SUV Jaecoo J7 sedia ada.

Lima fakta ringkas berkenaan Jaecoo J5 yang perlu anda tahu:

 

1. Dimensi

Jaecoo J5 berukuran 4,380 mm, lebar 1,860 mm, tinggi 1,650 mm dan menawarkan jarak antara roda 2,620 mm.

Antara pesaing di dalam kategori SUV segmen B, J5 memiliki panjang yang sama dengan Proton X50, dan pendek sedikit berbanding Chery Omoda 5, Chery Tiggo Cross dan Honda HR-V.

Namun, J5 memiliki kelebihan dari segi jarak antara roda yang lebih panjang, menyumbang kepada kabin yang lebih lapang.

Selain itu, ruang kargo J5 adalah sebesar 480 liter, dan mampu mencapai kapasiti 1,180 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat dengan nisbah 60:40.

 

2. Enjin

J5 dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris 1.5 liter turbo yang mampu menjana 147 PS dan 210 Nm.

Kuasa itu disalurkan kepada roda depan menerusi transmisi CVT. Kadar bacaan penggunaan bahan api pula adalah sekitar 7.5 liter/100 km.

 

3. Casis

Unik di dalam segmennya, Jaecoo J5 menawarkan tetapan suspensi topang MacPherson untuk gandar depan, dan tetapan multi-link di belakang.

Sebagai perbandingan, rata-rata model pesaing SUV segmen B dilengkapi dengan tetapan torsion beam yang lebih ringkas.

 

4. Luaran

Sama seperti model Jaecoo yang lain, J5 membawakan penampilan luar premium yang diilhamkan daripada jenama SUV Britain.

Keempat-empat sudut dilengkapi dengan rim 18 inci serta balutan tayar 235/55 R18 untuk imej yang lebih bergaya.

Ciri lain termasuklah lampu utama berserta lampu nyalaan siang dalam perumah tunggal, struktur jeriji yang agak besar, pemegang pintu konvensional, serta spoiler di bahagian belakang.

 

5. Dalaman

Bahagian kabin J5 didatangkan dengan kelengkapan seperti skrin kluster LCD 8 inci, skrin tengah 13.2 inci resolusi 2K dengan sokongan WiFi, Apple CarPlay dan Android Auto, serta sistem audio 8-pembesar suara.

J5 juga menggunakan bahan kemasan mesra haiwan peliharaan yang mendapat pensijilan TUV, tidak ketinggalan ciri ADAS Tahap 2.5 dan sistem kamera keliling 540 darjah.

Bakal dilancarkan tidak lama lagi, Jaecoo J5 dianggarkan berharga sekitar RM120,000.

Mampukah model baharu Jaecoo ini memberikan saingan kepada model-model SUV sub-kompak yang lain?