Ducati memperkenalkan Panigale V2 MM93 dan Panigale V2 FB63, dua model edisi khas yang dikeluarkan dalam siri bernombor.
Motosikal unik ini didedikasikan kepada pelumba pasukan Lenovo 2025, Marc Márquez (MM93) dan Francesco Bagnaia (FB63), dengan corak warna eksklusif dan penalaan litar khusus bagi meningkatkan ciri dinamik Panigale V2 S.
Asas Latihan dari Litar
Kedua-dua pelumba Ducati menggunakan Panigale V2 S dalam sesi latihan litar mereka dan memberikan maklum balas yang sangat positif.
Marc Márquez, selepas pusingan pertama, memaklumkan model baharu ini lebih ringan, unggul dalam sistem brek dan pengendalian dan menawarkan tork yang lebih besar pada putaran enjin rendah.
Satu lagi yang menarik beliau turut berkongsi secara keseluruhannya model ini lebih mudah untuk ditunggang berbanding Panigale V2 terdahulu.
Pecco Bagnaia pula berjaya memperbaiki masa sebanyak dua persepuluh saat di litar latihan dengan motosikal dua silinder tersebut beberapa minggu kemudian.
Kedua-dua Panigale V2 MM93 dan FB63 bukan sahaja memberi penghormatan kepada pelumba, malah merupakan versi Panigale V2 S yang lebih berprestasi dan unik, bertujuan untuk menjadi lebih pantas di litar.
Corak Warna Khas dan Reka Bentuk Unik
Setiap model edisi khas ini dihiasi dengan corak warna unik yang mempunyai makna tersendiri:
Panigale V2 MM93
- Menghasilkan semula corak yang digunakan oleh Marc Márquez dalam ujian pertama sebagai pelumba rasmi Ducati, meraikan detik bersejarah penampilan sulung todo rojo (semua merah) beliau.
- Corak warna ini menumpukan pada nombor perlumbaan Marc, 93, dan memaparkan nombor pelumba (MM93) yang digunakan oleh pasukan pada fairing.
Panigale V2 FB63
- Menghasilkan semula corak penyamaran hitam dan merah yang terdapat pada topi keledar, sarung tangan dan but Pecco Bagnaia.
- Logo FB63 dan motto GoFree pada sisi fairing.
Peningkatan Prestasi dan Ciri Litar
Dua model edisi khas ini dilengkapi dengan komponen premium yang meningkatkan keupayaan litar:
Roda Aluminium Tempa
- Roda aloi aluminium tempa 5-jejari yang diilhamkan daripada DesmosediciGP digunakan buat kali pertama pada Panigale V2.
- 1.5 kg lebih ringan berbanding rim tuang, mengurangkan inersia (-27% depan, -21% belakang), sekali gus meningkatkan tindak balas, pengendalian dan prestasi pecutan.
Suspensi dan Hendal
- Dilengkapi peredam hendal Öhlins boleh laras, memberikan kestabilan dan ketepatan hendal yang lebih baik.
Ergonomik Litar:
- Clip-ons rendah dipasang pada plat hendal bilet, disertakan bersama nombor siri.
- Menjadikan pergerakan badan pelumba lebih berkesan semasa menunggang di litar.
Aerodinamik
- Penghadang angin plexiglass perlumbaan yang lebih tinggi dan lebih berkesan (melindungi) meningkatkan kecekapan aerodinamik, keselesaan pelumba dan kestabilan pada kelajuan tinggi.
Cengkaman
- Pemegang (grip) yang diilhamkan daripada DesmosediciGP rasmi dipasang untuk meningkatkan cengkaman.
Panigale V2 FB63 dan MM93 akan mula dijual di Eropah pada Mac 2026. Ia akan menyusul di Amerika Syarikat pada April 2026 dan kemudian di Jepun dan Australia bermula Julai 2026.
Spesifikasi Teknikal Panigale V2 FB63 & MM93
Enjin
- Enjin: Ducati V2 890 cc, 90°, 4 injap per silinder, sistem pemasaan injap berubah-ubah, sejukan cecair.
- Kuasa: 120 hp @ 10,750 rpm.
- Tork: 93.3 Nm @ 8,250 rpm.
- Nisbah Mampatan: 13.1:1.
- Suntikan Bahan Api: Sistem suntikan bahan api elektronik. Satu penyuntik per silinder. Ride-by-wire penuh.
- Ekzos: Sistem 2-1-2, dengan 1 pemangkin penukar dan 3 prob lambda.
Transmisi
- Kotak Gear: 6 kelajuan dengan Ducati Quick Shift (DQS) naik/turun 2.0.
- Pacuan Akhir: Rantai 520; Sprod depan 15; Sprod belakang 42.
- Klac: Klac basah multi-plat licin (slipper) dan swa-servo dikawal secara hidraulik.
Casis
- Rangka: Monocoque Aluminium.
- Suspensi Depan: Öhlins NIX30 43 mm dengan lapisan TiN, fork USD boleh dilaras penuh.
- Suspensi Belakang: Monoshock Öhlins boleh laras penuh. Lengan ayun duia sisi aluminium.
- Jarak Perjalanan Roda (Depan/Belakang): 120 mm / 150 mm (4.7 in / 5.9 in).
- Brek Depan: 2 x 320 mm cakera separa terapung, angkup piston Brembo Monobloc M50 dengan Cornering ABS.
- Brek Belakang: Cakera 245 mm, angkup 2-omboh dengan Cornering ABS.
- Roda Depan: Aloi aluminium tempa 5-jejari 3.50 in x 17 in.
- Roda Belakang: Aloi aluminium tempa 5-jejari 5.50 in x 17 in.
- Tayar Depan: Pirelli Diablo Rosso IV 120/70 ZR17.
- Tayar Belakang: Pirelli Diablo Rosso IV 190/55 ZR17.
Dimensi dan Berat
- Berat Basah Tanpa Bahan Api: 175.5 kg.
- Ketinggian Pelana: 837 mm (33 in).
- Jarak Roda: 1,465 mm (57.7 in).
- Kapasiti Tangki Bahan Api: 15 l.
- Tempat Duduk: Pelana tunggal. (Dua tempat duduk, jika aksesori kit pelana penumpang dipasang).
Kelengkapan
- Keselamatan: Riding Modes, Power Modes, Ducati Traction Control (DTC), Ducati Wheelie Control (DWC), Engine Brake Control (EBC), Bosch Cornering ABS, Ducati Brake Light (DBL).
- Standard: Ducati Quick Shift (DQS) naik/turun 2.0, suspensi Öhlins, bateri Litium-ion, butang pelarasan pantas, peredam stereng Öhlins, roda aluminium tempa, Coming Home, konfigurasi tempat duduk tunggal, Ducati Power Launch (DPL), paparan warna TFT, sistem lampu LED penuh, Lampu Nyalaan Siang (DRL), lampu isyarat pembatalan sendiri, Lap Timer, Pit Limiter.
- Instrumen: Unit digital dengan paparan warna TFT 5 in, resolusi 800 x 480 px, nisbah 16:9.
Ducati Panigale V2 MM93
Ducati Panigale V2 FB63
