Mitsubishi Motors Malaysia mengumumkan pembukaan tempahan bagi SUV segmen B Mitsubishi Xforce 2026.
Ditawarkan dalam dua varian, harga jualan anggaran adalah seperti berikut:
- Xforce Urban – RM110,000
- Xforce Ultimate – RM120,000
Bersempena dengan pra-pelancaran, MMM turut mengumumkan promosi berikut:
- rebat tunai RM5,000 untuk 1,000 orang pembeli pertama
- rebat tunai tambahan RM1,000 untuk pemilik Mitsubishi sedia ada
- kos penyelenggaraan 5-tahun cuma RM3,978.03 serta pengecualian kos buruh sebanyak tiga kali
- peraduan “Beli 1 Percuma 1” di mana setiap pelanggan yang membuat tempahan sebelum pelancaran April ini berpeluang untuk membawa pulang Mitsubishi Xforce Ultimate
Dimensi
Dari segi ukuran, Xforce membawakan panjang 4,390 mm, lebar 1,810 mm dan tinggi 1,660 mm.
Jarak antara roda pula sekitar 2,650 mm sementara jarak lega bumi 222 mm.
SUV ini turut menawarkan sudut pendekatan 21 darjah serta sudut pelepasan 30.5 darjah, sesuai untuk pemanduan off-road ringan.
Kapasiti kargo pula sebesar 410 liter.
Enjin
Xforce dikuasakan enjin MIVEC empat silinder sebaris (kod 4A91) 1.5 liter yang dipadankan dengan kotak gear CVT.
Kuasa mencecah 103 hp @ 6,000 rpm dan daya kilas 141 Nm @ 4,000 rpm itu disalurkan kepada roda depan.
Biarpun dengan sistem 2WD, Xforce menawarkan sehingga 4 mod pemanduan iaitu Normal, Gravel, Mud, dan Wet.
Kelengkapan
SUV ini menggunakan tetapan topang MacPherson di depan dan torsion beam di bahagian gandar belakang.
Dari sudut luaran, Xforce mendapat ciri seperti:
- lampu utama LED berserta DRL
- lampu belakang LED
- spoiler belakang
- rim aloi 18 inci
- tayar Toyo Proxes CR1 saiz 225/50 R18
- pintu tailgate berkuasa elektrik (varian Ultimate sahaja)
Secara standard, Xforce hadir dengan kelengkapan seperti:
- upholsteri leatherette
- skrin kluster digital 4.2 inci
- skrin infohibur 8 inci
- sokongan Apple CarPlay/Android Auto berwayar
- enam pembesar suara
- kawalan iklim dua zon automatik
Untuk varian Ultimate pula mendapat kelengkapan tambahan:
- upholsteri kulit sintetik dengan aksen mocha
- tempat duduk larasan manual
- skrin kluster digital 8 inci
- skrin Display Audio 12.3 inci
- sokongan Apple CarPlay dan Android Auto
- sistem audio Dynamic Sound Yamaha Premium dengan 8-pembesar suara
- port pengecasan USB
- sistem pencahayaan ambien
- slot pengecasan peranti pintar tanpa wayar
Keselamatan
Secara standard, Xforce didatangkan dengan empat beg udara, peranti perakam video pemanduan, serta dua fungsi keselamatan aktif iaitu amaran titik buta (BSW) dan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA).
Varian Ultimate pula mendapat kelengkapan berikut:
- enam beg udara
- peranti perakam video pemanduan depan dan belakang
- sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS)
- kawalan jelajah adaptif (ACC)
- sistem mitigasi pelanggaran hadapan (FCM)
- notifikasi pergerakan kereta hadapan (LCDN)
- bantuan suluhan tinggi automatik (AHB)
