Harley-Davidson Hydra Glide Revival kini di Malaysia – RM176,900
Harley-Davidson Hydra Glide Revival akhirnya mendarat di Malaysia beberapa bulan selepas pelancaran global awal tahun ini.
Merupakan sebahagian dari barisan model Icon Motorcycle Collection edisi terhad, Hydra Glide Revival ini hadir dengan cat premium dan grafik premium.


- cat Custom Redline Red dengan panel Birch White di bahagian sisi tangki.
- lencana tangki Harley-Davidson V yang diinspirasikan dari model 1955-56.
- grafik Icon Motorcycle Collection pada fender belakang bagi menandakan model edisi terhad.
- tempat duduk tunggal dengan jahitan putih dan merah serta ‘chrome rail’ agar tampak klasik.
- bag kiri dan kanan kalis air boleh kunci.

Kerangka Softail yang diguna pakai pula dipadankan bersama penyerap hentak tunggal belakang boleh laras yang menawarkan pengalaman menunggang yang selesa.

- cruise control elektronik
- lampu LED depan
- ABS dwi-saluran