MALAYSIA mencatat satu lagi sejarah tersendiri dalam teknologi pertahanan dengan pelancaran kenderaan perisai pertama buatan tempatan diberi nama Tarantula HMAV 4×4.
Tarantula HMAV4x4 dibina dengan menggunakan sepenuhnya teknologi dan kepakaran anak tempatan.
Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Tarantula HMAX 4×4 telah melalui pelbagai penilaian ketahanan yang sekaligus diyakini mampu menyaingi kenderaan ketenteraan lain di peringkat dunia.
“Ujian berlangsung selama sembilan hari merangkumi perjalanan sejauh 700 kilometer di atas jalan raya dan 300 kilometer secara off-road termasuk beberapa ujian berhalangan lain.
“Tatacara uji nilai dilaksanakan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) setanding dengan pelaksanaan di peringkat antarabangsa.