Volkswagen imbas kembali tiga konsep GTI paling gila sempena 50 tahun Golf GTI – siap ada enjin W12!

Golf GTI W12-650, Golf GTI Roadster and Golf Design Vision GTI

Tahun ini, Volkswagen meraikan ulang tahun ke-50 Golf GTI. Selain memperkenalkan model edisi khas, VW turut menggali semula tiga konsep paling liar yang pernah memakai lencana GTI bagi mengingatkan dunia betapa beraninya jenama ini suatu ketika dahulu.

Golf GTI W12-650 (2007) – Hot hatch enjin Bentley

Golf GTI W12-650Paling gila sudah tentu Golf GTI W12-650. Menggunakan Golf Mk5 sebagai asas, konsep ini menggantikan enijn empat silinder dan pacuan road hadapan standard dengan enjin 6.0 liter W12 twin-turbo dari Bentley Continental GT yang dipasang di tengah.

Hasilnya? 641 hp dan 720 Nm, semuanya disalurkan ke roda belakang. Pecutan 0-100 km/j sekitar 3.7 saat, manakala kelajuan maksimum mencecah 325 km/j. Ia bukti bahawa VW pernah membina hot hatch 12-silinder semata-mata kerana mereka boleh.

Golf Design Vision GTI (2013) – 503 hp, AWD

Golf Design Vision GTISeterusnya, Golf Design Vision GTI yang berasaskan Mk7. Rekaan widebody ekstrem digandingkan dengan enjin 3.0 liter VR6 twin-turbo menghasilkan 503 hp dan 560 Nm, disalurkan ke semua roda melalui transmisi DSG tujuh kelajuan.

VW mendakwa jentera ini boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.9 saat dan mencapai kelajuan maksimum 300 km/j. Secara asasnya, inilah “super GTI” namun sayangnya ia tidak pernah memasuki fasa produksi.

Golf GTI Roadster (2014) – Konsep Gran Turismo

Golf GTI RoadsterDiperkenalkan untuk permainan Gran Turismo 6, Golf GTI Roadster ialah versi tanpa bumbung dua tempat duduk yang jauh lebih radikal. Masih menggunakan enjin VR6 3.0 liter twin-turbo dengan 503 hp, namun dengan sistem AWD 4Motion, ia hanya memerlukan 3.6 saat untuk mencapai kelajuan 100 km/j.

Dengan pintu gaya supercar, sayap belakang besar dan rekaan hampir tiada DNA Golf, ia jelas sekadar eksperimen namun cukup untuk menunjukkan sisi kreatif VW.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2026 © ENGEAR TV | All Rights Reserved