Hyundai Motor Malaysia bakal perkenal model baharu tahun ini: Ioniq 5 N, 6 N dan Stargazer!
Hyundai Motor Malaysia bakal melancarkan beberapa buah model baharu sepanjang tahun 2026.
Antara model yang bakal diperkenalkan kelak termasuklah Tucson dan Santa Fe versi pemasangan tempatan (CKD).
Jenama itu turut mengesahkan kehadiran sebuah MPV segmen B pada suku keempat tahun ini, iaiatu Hyundai Stargazer.
Selain itu, Hyundai juga bakal memperkenalkan dua buah model berprestasi tinggi, iaitu Ioniq 5 N dan Ioniq 6 N serta barisan produk di bawah sub-jenama N-Line.
Sasar 25 pusat jualan & servis
Hyundai Malaysia juga turut menyasarkan sehingga 25 buah pusat jualan dan servis termasuklah di Malaysia Timur.
Setakat ini, Hyundai Malaysia mempunyai 12 cawangan dengan lima LOI ditandatangani pada tahun 2025 dan satu pada awal tahun ini.
Pengalaman pemilikan dipertingkatkan
Hyundai turut mahu meningkatkan lagi pengalaman pemilikan pelanggan menerusi program myHyundaiCare.
Antara inisiatif di bawah program ini termasuklah:
- pelarasan semula pakej servis dan penyelenggaraan untuk menjadikan kos pemilikan lebih rendah
- kos bateri hibrid lebih rendah, dan hanya menggantikan modul bateri yang rosak berbanding penggantian penuh
- kempen pemeriksaan dan servis kenderaan percuma sempena perayaan
- pasukan sokongan teknikal bergerak
- klinik servis dan bengkel pemilik untuk tingkatkan keyakinan dan pengetahuan produk
- jaminan 8-tahun/160,000 km diteruskan
- perlindungan nilai kenderaan menerusi Hyundai Protection Plan yang disokong oleh rakan insurans termasuklah Allianz, Berjaya Sompo, Etiga General Takaful, Takaful Ikhlas dan Tokio Marine
- stok alat ganti ditambah baik melalui gudang di Glenmarie
Program rujukan Staria All-Star
Program rujukan Staria All-Star ini menawarkan manfaat berikut:
- kredit servis RM500 untuk perujuk
- penjimatan sehingga RM1,500 untuk pelanggan baharu ke atas promosi sedia ada
Seorang yang minat memandu kereta manual, namun lebih gemar memilih skuter automatik. Faktor usia, mungkin.


