WMoto Hawk 200i 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia, harga RM7,888

WMoto Hawk 200i

Mforce Bike Holdings melancarkan sebuah lagi motosikal jenama WMoto, iaitu jentera dwi-kegunaan Hawk 200i.

Terdapat dua warna iaitu Obsidian Black dan Extreme Red, dengan harga jualan dari RM7,888 (tidak termasuk cukai jalan dan pendaftaran).

 

Spesifikasi

Jentera ini dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 200 cc sejukan cecair yang dipadankan dengan transmisi 5-kelajuan.

Kuasa sekitar 16.1 hp @ 8,000 rpm dan daya kilas 15.7 Nm @ 7,000 rpm disalurkan ke roda menerusi pacuan rantai.

Sistem suspensi terdiri daripada fork teleskopik jenis terbalik dan penyerap hentak tunggal di belakang yang sesuai untuk jalan bandar atau laluan off-road ringan.

Brek pula menggunakan tetapan cakera depan dan belakang, lengkap dengan sistem ABS hadapan yang boleh dinyahaktif.

Ciri lain yang disertakan termasuklah:

  • rim 19 inci
  • lampu hadapan dan membelok LED
  • port pengecasan USB Type-A
  • pelindung tangan dengan DRL terbina
  • tempat duduk anti-gelincir setinggi 830 mm
  • paparan meter digital
  • berat 132 kg
  • tangki bahan api 8 liter

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2026 © ENGEAR TV | All Rights Reserved