UMW Toyota Motor catat jualan 4,700 unit sepanjang Januari 2026
UMW Toyota Motor (UMWT) memulakan tahun 2026 dengan permulaan yang stabil, di mana sebanyak 4,700 unit kenderaan telah terjual sepanjang bulan Januari.
Pencapaian ini menunjukkan penerimaan pasaran yang konsisten dan disokong oleh rangkaian produk yang meluas dalam pasaran Malaysia.
Berpandukan pendekatan “Best in Town”, UMWT komited untuk menyediakan pengalaman pemilikan yang boleh dipercayai disokong oleh produk berkualiti dan rangkaian sokongan di seluruh negara.
Perluas tawaran mobiliti lebih menyeluruh
Di bawah pendekatan Multipathway, UMW Toyota Motor berterusan memperluas pilihan mobiliti tanpa meninggalkan pelanggan.
Antara yang telah dilancarkan setakat ini termasuklah jentera prestasi tinggi GR Corolla dengan transmisi automatik, serta Vellfire HEV.
Tidak ketinggalan, sedan segmen B Vios HEV sebagai akses kepada elektrifikasi yang lebih mampu milik.
UMWT turut melabur dalam kemudahan pemasangan bateri hibrid di kilang Bukit Raja, dengan kapasiti sehingga 30,000 unit setahun.
Fasiliti ini mampu mengukuhkan ketahanan bekalan dan menyokong penggunaan kenderaan hibrid dengan lebih meluas di Malaysia.
Promosi sempena CNY
Sempena Tahun Baru Cina, UMWT menawarkan promosi perayaan untuk model terpilih, dengan manfaat sehingga RM9,500 dan ansuran bulanan serendah RM658.
UMWT turut memperkenalkan beberapa program khas untuk meningkatkan keyakinan pemilikan, seperti:
- Toyota Extend – perlindungan jaminan lanjutan melebihi tempoh standard untuk model terpilih
- Toyota Service Savers – pilihan pakej penyelenggaraan serendah RM33/bulan untuk tempoh 5-tahun
Seorang yang minat memandu kereta manual, namun lebih gemar memilih skuter automatik. Faktor usia, mungkin.

