KINETA Sdn Bhd mengumumkan peluasan perkhidmatan untuk merangkumi pemasangan profesional bagi semua jenama pengecas AC dan DC utama termasuk ZD Energy, Wallbox, Joint, Sino dan lain-lain di seluruh negara.
Dalam kempen terbaharu ini, KINETA menawarkan diskaun RM188 untuk pakej pemasangan berikut:
- Pemasangan Fasa Tunggal – RM1,300 (harga asal RM1,488)
- Pemasangan Tiga Fasa – RM1,700 (harga asal RM1,888)
Selain itu, KINETA turut menawarkan harga promosi bagi pengecas EV terpilih seperti:
- ZD Energy Guardian, 7.4kW, 5m – RM2,888 (harga asal RM3,288)
- ZD Energy Explorer, 22kW, 5m – RM3,588 (harga asal RM3,688)
- Wallbox Pulsar Plus, 7.4kW, 5m – RM2,999 (harga asal RM3,699)
- Wallbox Pulsar Plus, 7.4kW, 7m – RM3,299 (harga asal RM3,999)
- Wallbox Pulsar Max, 7.4kW, 7m – RM4,188 (harga asal RM5,299)
- Wallbox Pulsar Max, 22kW, 5m – RM4,388 (harga asal RM5,099)
- Wallbox Commander 2, 22kW, 5m – RM5,099 (harga asal RM6,599)
Terdapat beberapa perkara yang harus anda tahu:
- Kempen ini berlangsung dari 15-31 Disember 2025
- Diskaun RM188 tidak sah untuk pembelian dari platform e-dagang
- Pelanggan perlu membayar yuran pemeriksaan rumah RM200 (tidak akan dipulangkan) pada 31 Disember untuk menikmati diskaun RM188
- Proses pemasangan pengecas EV perlu siap pada 28 Februari 2026. Selepas tarikh tersebut, harga akan kembali menjadi harga asal.
