Boon Siew Honda lancar inisiatif Honda Assist bantu mangsa banjir
Boon Siew Honda memperkenalkan inisiatif khas Honda Assist: Flood Campaign bagi membantu pemilik motosikal jenama Honda memulihkan kenderaan mereka yang terjejas akibat banjir.
Program ini berlangsung dari 8 Disember hingga 31 Disember 2025, menawarkan bantuan seperti:
- Pemeriksaan motosikal komprehensif untuk semua model terjejas
- Pakej Pemulihan Asas Banjir percuma untuk motosikal bawah 250 cc merangkumi 1 botol minyak enjin Pro Honda, 1 unit palam pencucuh, 1 pasang pad brek berserta seat set dan 1 botol pencuci enjin Pro Honda
- Diskaun 20 peratus untuk alat ganti yang terjejas banjir bagi motosikal kecil dan besar
Pemilik motosikal bawah 250cc boleh ke Honda Impian X yang mengambil bahagian, manakala motosikal 250cc ke atas boleh kunjungi mana-mana Honda BigWing di seluruh negara untuk pemeriksaan.
Pengguna perlu membawa salinan laporan polis atau surat pengesahan dari pegawai daerah untuk mengesahkan kawasan mereka terjajas akibat banjir sebagai dokumen sokongan dan membuat janji temu dengan pengedar untuk memudahkan proses pemeriksaan.
Program ini turut mendapat sokongan daripada PETRONAS, ThreeBond, Niterra Malaysia dan Denso.
Seorang yang minat memandu kereta manual, namun lebih gemar memilih skuter automatik. Faktor usia, mungkin.
