Morbidelli T502XR 2026, kembar T502X dengan ciri berbeza termasuk lebih tinggi
MORBIDELLI memperkenalkan model terbarunya, T502XR. Walaupun berkongsi platform asas 500cc, model T502XR adalah varian yang lebih ekstrem dan berbeza spesifikasi daripada model Morbidelli T502X yang baru dilancarkan di Malaysia.
Akronim XR cerminan kepada konsep crossover radikal (radical crossover).
Model ini direka untuk mengimbangi penggunaan 50 – 50 iaitu jalan raya dan off-road, menjadikannya sesuai untuk tunggangan enduro dan pengembaraan.
T502XR bakal tiba di pengedar Eropah pada separuh pertama tahun 2026.
Enjin dan Prestasi
T502XR dikuasakan enjin L-twin 486cc dengan konfigurasi 90 darjah. Enjin 4-lejang, 8-injap ini menggunakan sistem penyejukan cecair dan sistem suntikan bahan api EFI-Marelli.
Kuasa disalurkan melalui transmisi 6-kelajuan yang dibantu oleh klac gelincir (slipper clutch).
- Enjin: 486cc L-2-silinder/4-lejang/8-injap
- Kuasa: 47 hp @ 8,500 rpm
- Tork: 45Nm @ 6,750 rpm
- Transmisi: 6-kelajuan dengan klac gelincir (slipper clutch)
- Kelajuan Maksimum: 160 km/j
- Tangki: 18 liter
Casis dan Pengendalian
T502XR menggunakan rangka jenis berlian (diamond). Aspek off-road dipertingkatkan dengan konfigurasi roda enduro klasik, tayar bunga dalam daripada CST dan penambahan jarak kelegaan tanah.
Pakej suspensi yang ditingkatkan memastikan keupayaan serapan hentakan yang baik dengan travel hadapan 200 mm.
- Rangka: Jenis berlian
- Konfigurasi Roda: 21-inci (Depan) / 18-inci (Belakang) rim berjejari tanpa tiub
- Suspensi Hadapan: Fork terbalik 41 mm
- Pergerakan Suspensi Hadapan (Travel): 200 mm
- Pergerakan Suspensi Belakang (Travel): 69 mm
- Kelegaan Tanah (Ground Clearance): 230 mm (T502X 210 mm)
- Berat (Curb): 198 kg
Teknologi dan Keselamatan
T502XR dilengkapi teknologi canggih untuk menyesuaikannya dengan dua penggunaan.
Model ini dilengkapi Kawalan Pendikit Elektronik (Electronic Throttle Control atau ETC) yang membolehkan pelbagai mod tunggangan.
Aspek keselamatan dikendalikan oleh sistem ABS Dua Saluran Bosch dengan pilihan penyahaktifan yang fleksibel untuk memberikan kawalan optimum di laluan bertanah.
- Sistem Pendikit: Kawalan Pendikit Elektronik (ETC)
- Mod Tungkangan (Ride Modes): 4 Mod (Standard, Rain, Sport, Off-Road)
- Sistem ABS: 2-Saluran Bosch
- Fungsi ABS OFF: Pilihan penyahaktifan penuh atau penyahaktifan belakang sahaja
- Brek Hadapan: Cakera terapung 320 mm dengan kaliper J.Juan 4-piston
Reka Bentuk dan Ciri-Ciri Premium
Reka bentuk T502XR agresif dan berfungsi dengan madgad hadapan yang tinggi (T520X jenis rendah), pelindung enjin, pelindung tangan bersepadu dan pelindung bawah enjin aluminium yang padu.
- Ketinggian Tempat Duduk: 860 mm (T502X 210 mm)
- Panel Instrumen: Skrin TFT 7 inci dengan mirroring navigasi
- Keselesaan Penunggang: Pemegang dan tempat duduk dengan pemanas
- Pencahayaan: LED
- Kelengkapan Tambahan: Port pengecasan USB (Type-A dan Type-C), suis bercahaya
Perbandingan Morbidelli T502XR dan T502X (Pasaran Malaysia)
- Format: T502XR ialah model 50% Off-road / 50% Jalan Raya; T502X lebih berorientasi Atas Jalan Raya (On-road).
- Roda: T502XR menggunakan saiz Enduro 21″/18″; T502X menggunakan saiz Adventure 19″/17″.
- Jarak Suspensi Hadapan: T502XR (200 mm) lebih panjang 20 mm berbanding T502X (180 mm).
- Kelegaan Tanah: T502XR (230 mm) lebih tinggi 20 mm berbanding T502X (210 mm).
- Ketinggian Tempat Duduk: T502XR (860 mm) lebih tinggi 20 mm berbanding T502X (840 mm).
- Berat Kering: T502XR (198 kg) lebih ringan 12 kg berbanding T502X (210 kg).
- Mod Tunggangan: T502XR menawarkan 4 Mod; T502X menawarkan 2 Mod.
- Brek Hadapan: T502XR menggunakan cakera 320 mm; T502X menggunakan cakera 300 mm.






























