AUDI E SUV concept – jenama Audi untuk China, 2 motor, 680 ps, 0 – 100 km/j 5 saat
AUDI memperkenalkan model konsep SUV premium iaitu AUDI E SUV di Auto Guangzhou 2025.
AUDI untuk China manakala Audi kekal dihidangkan pada pasaran global.
Jenama AUDI diperkenalkan pada November 2024, disasarkan secara khusus untuk segmen pelanggan baharu dalam pasaran kenderaan elektrik pintar.
Model AUDI yang pertama, E5 Sportback telah dilancarkan pada September 2025.
Kerjasama Teknologi
Model konsep AUDI E SUV menggabungkan kepakaran teknologi Audi dengan inovasi rakan kongsi China, SAIC, dalam ekosistem digital tempatan.
Model ini dibangunkan berdasarkan Platform Digital Termaju (ADP) yang dibangunkan bersama SAIC.
Prestasi Elektrik dan Pacuan Roda
AUDI E SUV dikuasakan dua motor elektrik, satu di gandar hadapan dan satu di gandar belakang dan menghasilkan output 500 kW (680 ps).
Digabungkan dengan pacuan semua roda quattro, SUV ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa kira-kira lima saat.
Sistem Bantuan Pemandu dan Jarak
Model ini dilengkapi sistem bantuan pemandu inovatif yang direka khusus untuk China, iaitu Sistem Bantuan Pemanduan AUDI 360.
Sistem ini disesuaikan untuk keadaan lalu lintas dan senario pemanduan China, menawarkan pengalaman pemanduan yang santai dan selamat di lebuh raya, dalam kesesakan lalu lintas bandar, serta semasa bantuan meletak kereta.
- Kapasiti Bateri: 109 kWj
- Jarak Perjalanan: Lebih daripada 700 kilometer (CLTC)
- Senibina: 800-volt (Platform Digital Termaju)
- Pengecasan Pantas: Boleh mengecas semula jarak 320 kilometer dalam sepuluh minit di stesen pengecasan pantas.
Reka Bentuk Luaran
E SUV menterjemahkan bahasa reka bentuk jenama AUDI, yang dibangunkan secara eksklusif untuk China.
- Perkadaran: Unjuran (shorthang) pendek dan senibina kenderaan yang direka dengan tepat memberikan penampilan yang dinamik, seolah-olah sentiasa bergerak ke hadapan.
- Ciri-ciri: Permukaan kemas, grafik pencahayaan melingkari di hadapan dan belakang dan gerbang roda yang dibentuk ke dalam. Gayaan ini meneruskan bahasa reka bentuk keluarga portfolio AUDI sambil mengekalkan identiti tersendiri.
- Hadapan: Lampu hadapan LED Matrix digital yang disusun secara menegak dalam gelung/lingkaran hitam.
Dimensi
- Panjang: 5,057 mm
- Lebar: 2,042 mm
- Ketinggian: 1,786 mm
- Jarak Roda: 3,060 mm
Pelancaran 2026
Versi pengeluaran konsep E SUV akan dilancarkan pada 2026 sebagai model kedua selepas E5 Sportback dari AUDI.











