GAC M8 PHEV 2025 rasmi – dua varian, harga dari RM328,800
WTC Automotif (M) Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan jenama GAC di Malaysia mengumumkan harga jualan bagi model MPV plug-in hybrid, iaitu GAC M8 PHEV 2025.
GAC M8 PHEV boleh didapati dalam dua varian, iaitu:
- Premium – RM328,800
- Luxury – RM388,800
Pelanggan yang membuat tempahan sebelum 31 Disember 2025 akan menerima kabel pengecasan mudah alih serta pakej penyelenggaraan berkala percuma dua-tahun, dengan nilai keseluruhan RM3,800.
M8 PHEV dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbo yang dipadankan dengan motor elektrik tunggal dan transmmisi hibrid DHT dua-kelajuan.
Kuasa keseluruhan mencecah 372 PS dan daya kilas 630 Nm.
Dengan pek bateri 25.57 kWh dan kapasiti tangki bahan api 56 liter, M8 PHEV mampu bergerak sehingga 1,038 km.
Terdapat tiga mod pemanduan pintar, iaitu Intelligent Hybrid, All-Electricity First dan Power Reservation, dibantu dengan ciri Adaptive Vehicle Dynamic Control System dan Electromagnetic Damping Suspension.
Selain daripada itu, GAC M8 PHEV menawarkan ciri seperti:
- unit lampu LED
- rim aloi 18 inci dengan penutup imbang kendiri
- tempat duduk baris kedua dan ketiga boleh laras kedudukan sehingga 480 mm
- sistem pendingin hawa dengan teknologi Cool-Sense
- sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) Tahap 2
- fungsi Full Automatic Parking Assist (FAPA)
- beg udara cermin belakang sebagai sebahagian daripada sistem beg udara 360 darjah
GAC M8 PHEV didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima-tahun atau had perbatuan 150,000 km, serta jaminan bateri selama lapan-tahun atau had perbatuan 150,000 km (yang mana tiba dahulu).
Seorang yang minat memandu kereta manual, namun lebih gemar memilih skuter automatik. Faktor usia, mungkin.




































