Chery Tiggo 8 CSH 2025 rasmi di Malaysia – harga dari RM159,800
Selain Chery Tiggo 7 CSH, Chery Malaysia turut mengumumkan harga jualan rasmi bagi model SUV plug-in hybrid (PHEV) terbaharunya, Tiggo 8 CSH 2025.
Berikut merupakan beberapa fakta ringkas yang perlu anda tahu:
1. Enjin
Tiggo 8 CSH dijana unit rangkaian kuasa yang sama digunakan pada Tiggo 7 CSH, menghasilkan kuasa keseluruhan 279 PS dan daya kilas 365 Nm.
2. Bateri
SUV ini dibekalkan dengan pek bateri 18.3 kWh yang menawarkan jarak gerak sifar emisi sejauh 90 km.
Ia menyokong pengecasan AC 6.6 kW serta pengecasan pantas DC 40 kW selain menyokong fungsi vehicle-to-load (V2L) 3.3 kWh.
Dengan tangki bahan api sebesar 60 liter, SUV ini boleh mencapai jarak pandu keseluruhan sejauh 1,200 km.
3. Dimensi
Tiggo 8 CSH mempunyai ukuran sepanjang 4,725 mm, lebar 1,860 mm, tinggi 1,705 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,710 mm.
Kapasiti kargo adalah sebesar 117 liter, atau 494 liter apabila tempat duduk baris ketiga dilipat. Kapasiti penuh adalah sebesar 1,930 liter.
4. Kelengkapan
Antara ciri yang dimuatkan termasuklah unit lampu LED depan dan belakang, bumbung kaca panorama, pintu belakang berkuasa bebas tangan, spoiler , rel bumbung serta antena sirip jerung.
Ruang kabin pula menampilkan gandingan skrin kluster 10.25 inci, skrin infohibur 15.6 inci lengkap dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem audio Sony dengan 10 pembesar suara, kamera keliling 540 darjah, sistem pencahayaan ambien 64 warna, kawalan iklim dua zon automatik serta kaca akustik.
5. Keselamatan
Ciri keselamatan yang tersedia termasuklah lapan beg udara, cagak ISOFIX, kawalan cengkaman (TCS), sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), serta kamera perakam video pemanduan (DVR).
Tiggo 8 CSH turut menawarkan ciri ADAS termasuklah kawalan jelajah adaptif (ACC), brek kecemasan autonomi (AEB), amaran lintasan trafik belakang (RCTA), amaran pelanggaran depan dan belakang (FCW & RCW), amaran keluar lorong (LDW), serta ciri eksklusif berupa sistem pemantauan kepenatan pemandu (DFS).
Terdapat tiga warna yang ditawarkan iaitu Aurora Green, Khaki White dan Carbon Black.
Harga jualan Chery Tiggo 8 CSH 2025 ini bermula dari RM159,800
Chery Malaysia turut menawarkan pakej berikut:
- jaminan kenderaan 7-tahun atau sehingga 150,000 km
- jaminan 8-tahun atau sehingga 160,000 km untuk komponen bateri, motor dan unit kawalan hibrid
- pakej servis 5-tahun percuma
- penukaran bateri satu-ke-satu sekiranya tahap kesihatan bateri menurun bawah 70 peratus dalam tempoh jaminan
Seorang yang minat memandu kereta manual, namun lebih gemar memilih skuter automatik. Faktor usia, mungkin.













