Proton e.Mas 7 dikemas kini untuk 2025 – warna hitam baharu, dalaman putih, dan Apple CarPlay
Pro-Net secara rasminya memperkenalkan Proton e.MAS 7 versi dikemas kini, yang dihasilkan berdasarkan maklum balas sebenar daripada pemilik.
Harga tidak berubah, RM109,800 untuk varian Prime dan RM123,800 untuk Premium.

Untuk bahagian dalaman pula, Pro-Net memperkenalkan pilihan warna Alabaster White untuk varian dengan warna luaran Premium Quartz Rose dan Turquoise Green.

Sistem operasi Flyme Auto, yang boleh diakses menerusi skrin 15.4 inci, menerima beberapa kemas kini. Yang paling penting ialah kemasukan Apple CarPlay, dalam format berwayar dan tanpa wayar.
Kemas kini OTA yang diperbaharui juga membolehkan pemandu mengekalkan tetapan terakhir yang digunakan.

Selain itu, terdapat sokongan untuk lebih banyak aplikasi pihak ketiga termasuk Zoom for Cars, izi.TRAVEL dan Vivaldi Browser.
Dari segi keselamatan, sistem amaran bunyi kelajuan rendah e.MAS 7 kini hadir dengan dua pilihan bunyi tambahan: Galactic Note dan Space Walk, selain nada Classical sedia ada.

Pro-Net turut mengumumkan pakej jualan baharu Power Pack+ yang menawarkan nilai tambah kepada pelanggan. Ia merangkumi:
- Power Home: Pengecas rumah 7kW percuma bernilai RM1,500
- Power Plus: V2L percuma bernilai RM500
- Power Online: Data internet tanpa had selama 5 tahun bernilai RM1,800
- Power Thru: Waranti tanpa had perbatuan selama 6 tahun untuk kenderaan, serta waranti 8 tahun/160,000 km untuk bateri voltan tinggi
- Power Exchange: Rebat tukar beli bernilai RM5,000

Peminat segala jenis kenderaan